Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday, 10 March 2016

Sepupuku Jadi Isteriku ~ Azdiani Abd. Rahman

Kali pertama berjumpa, Tengku Haikal sudah terpikat kepada Zulaikha. Namun, bila terjadi salah faham antaranya dan Zulaikha, semuanya berubah. Daripada seorang pencinta, Tengku Haikal jadi seorang pembuli. 

“Saya tak mahu tengok sikit pun ada habuk. Cermin tu kalau boleh biar nampak macam tak ada cermin. Bersih!”- Tengku Haikal 
“Nak sangat cermin ni macam tak ada cermin, pecahkan ajelah! Banyak pulak songehnya. Ingat aku ni, maid dia ke?” - Zulaikha 

Singa beku gelaran yang diberikan Zulaikha kepada Tengku Haikal, kerana sikap angin bekunya. Namun, atas saranan Nenda Fauziah, Zulaikha akur mendekati Tengku Haikal, abang sepupunya, walaupun hati tersakiti sebab asyik jadi mangsa buli. Tapi, kalau hati dah suka, memang jatuhlah cinta sudahnya. Begitulah Zulaikha dan Tengku Haikal. Saat cinta mereka mekar mewangi, kedatangan Mukriz meragut kepercayaan Tengku Haikal kepada Zulaikha. Kisah lalu Zulaikha mengganggu perjalanan cerita cinta mereka berdua. Mukriz kembali mengejar cinta lalunya, manakala Marsha terus mengganggu perjalanan hidup mereka sebagai suami isteri. 

“Abang akan sentiasa ada dengan Ika. Susah senang, kita tempuhi bersama. Apa-apa rintangan yang datang kita sama-sama tepis. Banyak yang tidak senang dengan hubungan kita berdua sebenarnya. Abang nak Ika tahu. Apa yang datang untuk menghalang hubungan kita ni, kita mesti sama-sama pertahankan. Abang akan percayakan Ika, dan Ika juga kena percayakan abang.” 
Bertahankah cinta itu seperti yang diinginkan? Atau cinta mereka sekeruh air yang dikocak? Berkocak bila diusik?
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00