ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday, 27 June 2016

1 Pengakuan 9 Luahan ~ Azura Rasiddin

Lelaki itu merupakan orang terakhir yang ingin dia jumpa sebaik sahaja pulang ke Malaysia tetapi kenapa lelaki itu yang ditemuinya pada hari pertama dia di sini? Adakah itu satu suratan ataupun kebetulan?

Pertemuan dengan bekas suaminya itu membuatkan dia terkenang kembali tragedi yang berlaku enam tahun lepas. Tragedi yang telah merubah kehidupannya 360 darjah.

“Aku benci kau, pembunuh!”– Dhira

Tempikan, herdikan dan kata-kata hinaan pada enam tahun lepas masih tersemat rapi di kotak fikiran Zafran, masih menghantui dirinya. Sementara Dhira pula dihimpit rasa bersalah kerana kata-katanya itu, menyesali kerterlanjuran bicaranya.

Pertemuan demi pertemuan membuatkan hubungan yang pada mulanya janggal bertukar mesra. Gelak tawa dan senda gurau menghiasi hari mereka.

“Awak nak kahwin dengan saya semula tak?” – Dhira
“Maaf. Saya terpaksa tolak lamaran awak. Saya tak nak ulang kesilapan saya.” – Zafran
Itu jawapan Zafran tetapi tiba-tiba dia menghantar rombongan meminang.
“Sebelum kita bernikah, awak boleh tarik diri. Tapi lepas kita bernikah, saya tak akan lepaskan awak lagi.” – Zafran

Kopiah Buat Zauji ~ Syima Syawal

“Bunga tahi ayam?!” -Ella.

“Cuba kau jangan lihat dari namanya, tapi kau pandang pada keindahannya. Biarpun baunya busuk, tapi ia tetap mampu menyerikan taman. Betul tak?” - Hakimi.

Bila aweks rock bertemu dengan mamat K-pop, hasilnya memang sangat mengujakan. Bukan sefahaman tetapi huru-hara jadinya.

Ella dan Hakimi berlainan minat, berlainan fesyen. Masing-masing sering mengutuk antara satu sama lain. Namun dalam diam, Ella suka mencuri-curi pandang. Gaya lelaki itu mampu buatkan jantungnya berdegup kencang. Tanpa mereka duga, reunion orang tua mereka telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Jangan salah sangka, bukan terpaksa tetapi mereka sememangnya rela. Masing-masing punya agenda tersendiri. Mahu bebas dengan kehendak mereka tanpa sebarang halangan.

Rumah tangga mana yang tidak diduga, bukan kerana orang ketiga tetapi masalah-masalah kecil yang terbuku sehingga membawa kepincangan yang nyata.

“Benci sangat ke abang pada saya? Apa salah saya? Saya ke yang buat abang jadi macam ni?
Saya ke yang aniaya abang? Saya ke yang cuba bunuh abang- Ella

Dia menangis teresak-esak. Sesekali dia menyedut udara agar oksigen yang segar dapat dibekal dalam paru-parunya. Dia seakan-akan sudah tidak berdaya, namun dia bulatkan tekad.
Mampukah mereka menyelamatkan mahligai yang baru dibina?
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Permata Hati ~ Rehan Makhtar

PADA Sofia, Aizudin adalah lelaki sempurna. Suami terbaik dan ayah penyayang. Namun, dia telah lupa. Yang sempurna itu hanyalah Tuhan. Bukan manusia. Kerana itu, bila terbukti Aizudin itu manusia yang khilaf, dia hampir terduduk.

“Abang ada buat salah besar…” – Aizudin
“Dengan siapa?” - Sofia

Airmata Sofia jatuh tak terseka. Untuk memaafkan Aizudin sudah cukup sukar, ini pula untuk tunaikan permintaan suaminya? Dia sudah tiada kekuatan berbaki.

“Sofia nak cakap abang pentingkan diri sendiri. Rosakkan bahagia keluarga kita selama ni. Tapi, abang tak nak terus berdosa dengan sembunyikan semua ni daripada Sofia. – Aizudin
“I trusted you for life time, abang and this is how you pay me…” - Sofia

Manusia, hanya mampu merancang tapi tiada upaya untuk kita tentukan segalanya. Sofia tabah memujuk hati biarpun seringkali berperang dengan kebencian dalam hati sendiri. Kerana cinta dan kasih pada Aizudin yang tak pernah terhakis seinci pun, dia terima segala ujian. Dia tak akan biarkan Aizudin karam kerana kesilapan.

“Apapun jadi, penceraian bukan pilihan…” – Sofia
“Terima kasih, sayang…” – Aizudin

Sunday, 26 June 2016

Lelaki Idaman ~ Pena Kayu

DISKAUN 5%
(SEM & S/S) RM25.00 > RM23.70

Melina Samad. Semua orang panggil dia Mel. Dia diberi pilihan sama ada jadi ISTERI ORANG atau jadi CIKGU. Dan, dia pilih jadi cikgu. Biarlah dia korbankan cita-cita besarnya untuk menjadi juru gambar, asalkan dia tak jadi isteri orang. Idham Noah, lelaki yang Mel tolak mentah mentah, bekas calon imam tak jadinya. Syah Riduan pula, teman tapi mesra Mel. Yang Mel rasa nak pilih dia. Tapi, bila Mel jumpa Idham, hatinya pandai-pandai pula terpikat. Bila dia tahu Idham itu adalah orang sama yang dia tolak mentah mentah-mentah, dia padankan muka sendiri.

“Saya tak nak kahwin dengan awak, Mel. Mel bukan perempuan yang saya pilih untuk jadi isteri. Mel cuma pilihan bonda saya.” – Idham 
“Mel nak jadi isteri Idham.” – Mel 
“Jadi isteri saya bukan perkara yang bagus. Tak elok Mel musnahkan hidup sendiri.” – Idham 

Bicarawara Sains Islam ~ Mat Rofa Ismail

Buku ini mengangkat kembali sejarah sebenar di sebalik kecemerlangan sains yang cahayanya dapat dinikmati oleh seluruh manusia sepanjang zaman. Ibarat menikmati buah-buahan yang enak, tidak wajar kita sekadar menghargai penjual buah, tetapi kita juga perlu memberikan penghargaan kepada pekebun yang menanam benih, menyiram dan menjaga pokok-pokok ini dengan baik. Merekalah saintis-saintis Muslim yang dinafikan sumbangan mereka dalam kemajuan sains yang dibawa ke Barat. Merekalah yang mengubah dunia!
*****
(SEM & S/S) RM75.00 > RM66.00

20 Sen Untuk Ke Syurga ~ Ustaz Elyas Ismail

Buku ini menyentuh perkara-perkara yang kadang-kadang kita tak sedar pun kita buat. Lebih teruk lagi kalau kita sedar dan tahu, tapi sengaja buat. Dah namanya pun manusia. Tapi ini bukan alasan untuk terus ‘mengumpul harta’ yang tidak baik itu ya.

Kita carilah pahala, walaupun dari sekecil-kecil tindakan kita. Contoh? Kalau dalam poket kita ada RM50.20, mana yang kita bagi? Kita kata kita bagi 20 sen. Kalau kita bagi 20 sen, yang masih tinggal RM50. Agaknyalah mana satu milik kita? RM50 yang masih tinggal atau 20 sen yang diberi itu? 20 sen.

Ingat, kita adalah apa yang kita beri. Bukan apa yang kita miliki. Inilah pahala buat kita. Kita buang ‘harta yang tidak baik’ itu, gantikan dengan yang baik-baik sahaja. Okey?
*****
(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Bicara Iman Untuk Tenang ~ Pahrol Mohamad Juoi

Setiap yang dilahirkan sebagai Islam, ada iman di dalam dirinya. Yang membezakannya, sama ada kita menggunakan dan mempraktikkan iman di dalam kehidupan seharian atau tidak. Iman perlu diraih. Ya, Allah membekalkan kita dengan iman tetapi jika kita tidak istiqamah untuk cuba meraihnya masuk ke dalam budaya diri kita, mana mungkin kita boleh bertenang. Iman perlu dilatih dengan niat, solat, doa, zikir dan tawakal yang berterusan.

Buku Bicara Iman untuk Tenang ini sebagai santapan pemurnian iman anda. Melalui pembacaan kisah-kisah di dalamnya, insya-Allah akan menyentak diri kita peri pentingnya iman untuk bertenang.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

RnR Hati ~ Pahrol Mohd Juoi

Siapa yang tidak suka muda? Orang muda – cantik, segak, cergas, lincah, aktif, bertenaga dan bebas meneroka apa sahaja. Waktu mudalah permulaan segala transformasi diri. Ingin menjadi seperti itu, seperti ini, seperti dia, seperti orang itu dan macam-macam lagi. Sehingga akhirnya, lelah mencari identiti yang tiada kesimpulannya. Mengapa? Cantik sudah, segak sudah, bijak sudah, cergas dan lincah pun sudah. Tetapi, mengapa masih mencari-cari atau masih ingin meniru identiti lain?

Remaja mesti mempunyai jiwa yang kuat untuk menghadapi pancaroba hidup. Untuk itu, iman perlu disuburkan selalu. Hidup remaja mestilah dipenuhi dengan program membina dan memperkuatkan iman. Program maksiat dan kemungkaran hendaklah dijauhi. Jika tidak, terimalah akibatnya. Remaja akan menderita dengan pelbagai masalah jiwa. Percayalah, tidak akan ada ketenangan tanpa mengikuti program Islam. Sering dipesankan agar kita beribadah sebanyak-banyaknya sehingga kita merasa letih dan tidak ada daya lagi untuk melakukan maksiat. Dunia tempat berpenat dan berjihad. Akhirat nanti tempat nikmat untuk berehat.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Friday, 17 June 2016

Tiada Yang Seperti Dia ~ Qif Myaz

Berkali bibir meluahkan kata yang aku tak perlukan dia lagi. Tapi kenapa kau rasa bahagia setiap kali melihat dia, Hati? Apatah lagi bila dia menghulur sejambak carnation pink. Seakan tidak mahu melepaskan dia pergi lagi.
*****
(SEM & S/S) RM23.00 > RM20.20

Derita Cinta ~ Aisya Sofea

Cinta, perasaan itu tidak pernah diundang dan tidak pernah dijemput. Jika ia memberi kebahagiaan, pasti segalanya indah. Namun apa yang akan berlaku jika derita yang ditinggalkan?
Begitulah hidup Nur Amili Sofiya. Cinta yang hadir tidak pernah membahagiakan dirinya. Namun kehadiran Iman dalam hidupnya adalah cinta paling ikhlas dan jujur yang pernah dirasainya. Kemudian muncul Ghazi, lelaki yang menagih cinta darinya. Kesungguhan, ketulusan dan sifat bertanggungjawab Ghazi membuatkan Sofi kalah.

Namun kebahagiaan yang dikecapi tidak lama bila Amri, kekasih pertama Sofi hadir menagih kembali kasih lama mereka. Ghazi terkejut bila mengetahui rahsia yang disimpan Sofi selama ini tentang siapa Iman sebenarnya. Yang hairannya kenapa Sofi perlu berahsia. Rahsia yang dibawa Murni itu sekali gus menghancurkan impian Ghazi dan Sofi untuk hidup bersama.

“Cinta Sofi pada abang, cinta sampai mati. You are my other half. Takkan mudah Sofi nak hidup tanpa abang.”- Nur Amili Sofiya

“Abang bukan sekadar cintakan Sofi, tapi Sofi udara untuk abang. Sofi bulan dan matahari untuk abang. Abang tak boleh hidup kalau Sofi tak ada.” - Ghazi Hashim
*****
(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Bacaan Al-Fatihah Yang Sempurna ~ Ustaz Mohd Hazri, Hashim Al-Bindany

Lengkap dan berwarna. Buku BACAAN AL-FATIHAH YANG SEMPURNA ini disusun dengan bahasa yang mudah berserta penerangan hukum tajwid dan penjelasan istilah agar dapat memberi kefahaman kepada pembaca bagi mempelajari dan memperbaiki bacaan Al-Fatihah.

Antara isi kandungan dalam buku ini:

* Kemuliaan surah Al-Fatihah.
* Hukum tajwid yang terdapat dalam surah Al-Fatihah.
* Waqaf dan ibtida’ dalam pembacaan Al-Fatihah.
* Kesalahan yang sering dilakukan dalam bacaan Al-Fatihah.
* Panduan ringkas tahsin qiraah Al-Fatihah.
* BACAAN BONUS: Qiraat ‘Ashim riwayat Hafsh.
*****
(SEM & S/S) RM16.00 > RM14.00

Be Strong ~ Bonda Nor

Kau gagal, Allah hantar bantuan. Kau luka, Allah sembuhkan. Kau takut apa kalau kau ada Tuhan?

Buku BE STRONG ini merupakan pengumpulan pesanan-pesanan yang dirungkaikan dalam bentuk puisi, petikan dan monolog. Menggunakan pendekatan yang digunakan di dalam al-Quran yang banyak mengulang perkara yang sama pada ayat dan surah yang berbeza, penulis juga sebenarnya banyak mengulang-ulang corak pemikiran yang sama. Bentuk dan bahasanya sahaja yang berbeza. Beginilah cara penulis melatih tubi pemikiran pembaca untuk berfikir dengan corak yang sepatutnya. Sungguh, cara berfikir yang betul akan membantu kita untuk sentiasa tenang dan kuat biar apa pun dugaan yang datang.

Ujian demi ujian akan terus singgah di dalam hidup kita tanpa henti. Ia suatu janji. Kalau yang kita cari adalah ketenangan, maka kita tiada pilihan. Belajarlah mengalah dan akur sahaja kepada semua takdir Allah. Maka insya-Allah, biar sehebat mana gelombang yang datang, kita masih mampu bertenang-tenang. Selamat membaca Be Strong dengan doa daripada penulis agar sedikit perkongsian ini berjaya dihadam, seterusnya membawa anda ke suatu zon kehidupan yang bernama ketenangan. Insya-Allah.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Monday, 13 June 2016

Curi Hati Awak, Boleh? ~ Mynfamieza

Azra Zinnirah memilih untuk menutup pintu hatinya selepas kecewa dengan cinta yang pertama. Nekad untuk membesarkan Akil iaitu anak kakaknya selepas semua ahli keluarganya terkorban dalam kemalangan jalan raya. Akil pula bukanlah seperti kanak-kanak biasa. Pelbagai hinaan dan kata-kata sinis yang diterima.

Peristiwa tidak sengaja di pasar malam menjadi titip permulaan Azra Zinnirah dan Iyad Mujahid. Hati lelakinya terpikat dengan keperibadian Azra Zinnirah dan sanggup menerima tanggungjawab membesarkan Akil bersama-sama. Azra Zinnirah risau untuk kembali membuka pintu hatinya semula.

“Awak tak nak kahwin dengan saya ke?”
Azra tidak membalas.
“Tak cukup handsome ke saya ni untuk awak, Azra? Ke tak cukup pakej untuk jadi suami awak? Bagitau saya, Azra. Kalau saya tak cukup handsome saya akan buat pembedahan plastik supaya nampak lebih handsome. ”

Puas dimomok dengan ayat-ayat manis dari Iyad Mujahid dan melihat kesungguhan Iyad Mujahid, akhirnya Azra Zinnirah menerima dan mereka disatukan. Perkahwinan mereka bahagia pada awalnya. Namun, langit tak selalunya cerah. Hadirnya Nadeem Ukail membuat kacau dan salah faham terhadap Husna membuatkan rumah tangga mereka mula bergoyah.

Mampukah mereka mengatasi semua masalah ini? Atau semua ini hanya sementara dan lebih memilih untuk mencari jalan mudah?
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Plot Cinta Untuk Big Boss ~ Cik Sakura

Benarkah semua novelis cinta boleh selesaikan semua jenis masalah cinta?

Ini kisah Lisa. Seorang penulis novel cinta yang dilantik menjadi PA kepada big boss idaman Malaya, Zul Zafri, untuk menjalankan satu misi penuh mustahil.

“Bos, saya cuma seorang penulis novel cinta dan bukannya Tuhan yang boleh rancang takdir seseorang!”
“Saya tak suruh awak jadi Tuhan. Saya suruh awak jadi seseorang yang boleh selesaikan masalah saya.”

Sejak itu, kehidupan Lisa bertambah kacau-bilau. Kena jadi PA, kena jadi penulis dan kena cipta plot untuk big boss pula! Tambah menyulitkan keadaan apabila Nazurah, teman wanita big boss itu lebih mementingkan kerjaya dan perniagaan, menyukarkan misinya. Itu belum masuk kena buli dengan big boss.

Namun, satu kejadian telah mengubah segalanya...

“Kalau awak kahwin dengan saya, hari-hari awak boleh makan stik.”
Stik? Hari-hari? Oh my...Peluang ke perangkap ni???

Isteri Mr. Troublemaker ~ Zany Ezatie

Syazrina? Huh! Mendengarkan nama itu terngiang-ngiang di telinga, Syakeef rasa berbulu hati. Bencinya tak bersebab. Tapi, kerana benci di hati itulah dia kacau minah senget itu sampai menangis-nangis.

Huh? Syakeef? Mamat poyo? Troublemaker tu ke? Jangan cakap pasal dia, boleh? Syazrina benci dia, faham? Tapi, kenapa matanya asyik-asyik nak tengok Syakeef? Mukanya, senyumnya yang manis sangat macam gula-gula kapas tu? Aisy, boleh buat tidur malam Syazrina tak lena.

Bertahun mengalun perasaan benci sesama mereka, siapa sangka cinta bertaut di Kota Seoul, Korea. Syakeef tanya Syazrina, adakah dia sudah berpunya? Syazrina pula ingin tahu juga, Syakeef milik orang atau masih single macam dia?

“Izinkan saya jadi peneman hidup awak sampai bila-bila. Izinkan saya menyayangi awak sampai akhir nafas saya. Izinkan saya lafazkan akad terima awak sebagai isteri saya.”

Atas nama cinta, mereka membina mahligai bahagia. Namun, siapa sangka yang mahligai dibina di selubung noda semalam. Dendam, benci dan marah. Diam-diam perasaan ini menghancurkan satu ikatan suci yang mereka tautkan bersama. Semuanya berubah sekelip mata. Sungguh, ia sungguh berbeza.

Namun, kalau ada jodoh, sempadan laut, seberang langit, mereka tetap akan bertemu!
*****
(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

Al-Quran Terjemahan Ar-Rayyan Dengan Panduan Waqaf Ibtida' ~ Telaga Biru

Al-Quran Al-Karim & Terjemahaan Ar-Rayyan dengan Panduan Waqaf & Ibtida'. Dilengkapi dengan nota kaki bagi menjelaskan makna-makna kalimah yang kabur dan ayat-ayat yang memerlukan penjelasan yang lebih mendalam. Bertematik untuk membantu pemahaman ayat mengikut tajuk.

Terjemahan kontemporari untuk pelbagai generasi. Keluaran eksklusif dengan adanya warna-warna yang menarik. Sesuai dijadikan hadiah kepada suami isteri, ibu ayah dan sahabat handai.
*****
(SEM & S/S) RM48.00 > RM42.20


Ensiklopedia Amalan Setahun ~ Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali

Ensiklopedia Amalan Setahun adalah sebuah kitab yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan nama asalnya Latha’if al Ma‘arif fi ma li Mawasim al-‘Am min al-Wazha’if karangan Ibnu Rajab al-Hanbali. Karangan Ibnu Rajab al-Hanbali ini dilihat sebagai sebuah panduan yang mapan dalam menjelaskan perspektif Islam terhadap amalan dan ibadah sepanjang bulan Hijrah.

Secara keseluruhannya buku ini adalah sebuah tulisan lengkap yang dihasilkan bagi membincangkan kelebihan bulan-bulan hijrah dan galakan melakukan amalan kebaikan di dalamnya. Memberi semangat dan motivasi kepada kaum Muslimin agar mempersiapkan diri dengan amalan kebaikan sebelum kematian. Bekalan kepada para pendakwah Islam dalam menyampaikan nasihat dan pengajaran kepada masyarakat awam.
*****
(SEM & S/S) RM80.00 > RM70.40

Magnet Akhirat: Inspirasi Daripada Surah Al-Waqi'ah ~ Datuk Dr. Hj. Zahazan Mohamed

Andai dikurnia segunung emas kepada anak Adam nescaya tidak akan cukup baginya. Manusia berlumba- lumba mengejar dunia sehingga terasa dunia semakin menjauhinya. Kehidupan terasa sempit dan perit. Begitulah keadaan kebanyakan kita pada masa ini kecuali mereka yang dirahmati. Nabi Muhammad telah mengajarkan kita suatu amalan yang jika kita lakukannya nescaya kefakiran dunia tidak menghantui kehidupan dengan mengamalkan bacaan surah al-Waqi’ah.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Encik Bos Cik PA ~ Cahaya Ainn

“Siapa cakap awak akan pegang position tu lagi? Kan saya dah cakap tadi, awak tak layak untuk position itu.”
“Habis tu?”
Ash merenung wajah gadis di hadapannya itu dalam-dalam. Dia tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat perubahan pada wajah gadis itu apabila diberitahu jawatan yang akan disandang oleh gadis itu.
“Pembantu peribadi saya.”

Disebabkan insiden yang berlaku di kampung Jun yakin bahawa lelaki bernama Ash itu mahu membalas dendam kepadanya. Jadi pembantu peribadi lelaki itu? Huh! Dia lebih rela jadi tukang cuci daripada menjadi PA lelaki itu. Namun, atas desakan hidup, akhirnya dia terpaksa akur dengan jawatan yang ditawarkan itu. Maka bermulalah episod mimpi ngeri seorang Jun.

“Ada ke patut aku pulak yang kena buat air untuk dia. Ingat aku ni tukang gaji dia ke? Tak pun bini dia? Huh.”
“Dah tu memang kerja you. You kan pembantu peribadi dia.”
“Ya ke? Habis tu kalau dia suruh I gosok baju kerja dia, I kena buat jugak ke?”
“Yang tu kalau you jadi bini dia.”

Friday, 10 June 2016

#suamiisteri ~ Hanny Esandra, Ana Sofiya, Bikash Nur Idris, Shazie Kamaruzaman, Rehal Nuharis

#RiezmanSafieya – Hanny Esandra
Isteri Sejuta Rasa
“Sayang, abang nak dapatkan Fieya pun cukup susah dulu. Takkanlah abang senang-senang nak menduakan Fieya? Sia-sia ajelah usaha abang untuk ambik hati Fieya dulu. Sia-sia jugaklah abang tunggu Fieya untuk terima abang sebagai suami. Ini permata dan nyawa abang.”
Safieya dan Riezman hanya memandang momen indah itu sambil masing-masing berbalas senyuman.

#ZarielLiana – Ana Sofiya
Diktator Itu Kamu
“Siapa diktator?”
“Diktator itu kamu!!”
“What? Liana?”
Oh Tuhan! Apa yang aku dah buat ni? Apa yang aku dah sebut? Sungguh, aku tak berani nak tengok muka Encik Zariel dah. Kecut!

#Za'baSeri – Bikash Nur Idris
Suami Selepas Deadline
“Youlah. Jadi suami I lepas I letak deadline. Kalau you tak balik dalam sekian masa, I takkan kahwin. Kalau tak sebab Opah Chik, mungkin taklah...”
“Oh! Bila deadline you tu?”
“Sehari sebelum I jumpa you balik lepas dekat 10 tahun. Bayangkan terkejutnya I masa tu.”
“Tu pasal sambut I dengan pensel tajam?”

Saya Kan Ada ~ Marissa

Berada di dalam kapal terbang sepanjang penerbangan yang mungkin mengambil masa lebih kurang enam jam bersama sepupu yang aku kenal sejak kecil lagi sebenarnya bukanlah sesuatu yang membosankan. Hairiz pandai bercerita dan pasti saja cerita-cerita tentang kenangan kami.

“Tahun ni awak dah dua puluh lapan tahun, kan?” soalku. Burger yang aku bawa sudah selamat sampai ke perut.
“Baru tahu ke?” soal Hairiz.
“Sebab tahulah saya sebut.”
“Kenapa tiba-tiba bercakap tentang umur saya pula?”
“Dah layak untuk kahwin kan? Rumah dah ada. Kereta dah ada. Kerja pun dah stabil.” Aku tidak tahu kenapa soalan itu aku ajukan bila kami berada tinggi di udara. Masa di bawah, tak pula mahu bertanya.
“Memang pun. Dah cukup layak.”
“Habis tu?”
“Kalau saya cakap saya tunggu awak macam mana?” bisiknya perlahan.
Aku senyum tawar. “Awak selalu macam ni. Bila saya serius bertanya, awak main-main.”
“Eh, saya tak main-main tau. Saya pun serius dengan jawapan saya. Kalau saya cakap saya tunggu awak, awak nak jawab apa?”
Aku pandang Hairiz dan Hairiz pandang aku.
“Mustahillah. Kita kan sepupu.”
“Kenapa dengan sepupu? Apa masalahnya kalau kita sepupu? Kita boleh kahwin. Tak ada sebab kenapa kita tak boleh kahwin.”

Shh... I Love You ~ Farisya Natasha

NUR NADIA OMAR…Keceriaan luaran tidak dapat menutup kekurangan yang ada pada dirinya. Hidupnya yang penuh liku dan membuatkan hanya kematian saja yang dia fikirkan dek kisah silam yang menjadikan diri masih bernyawa sehingga kini. Dan kerana itu, kesukaran hidupnya mula diterangi cahaya kebahagiaan apabila hadir si teruna idaman hati. Dapatkah si jejaka menerima kekurangan dirinya?

AHMAD AIDAN AHMAD ABHAR…Kerana kecewa, dia membawa diri yang lara kesepian dan menumpukan perhatian pada kerjaya di awan biru. Namun, pertemuan tak dirancang dengan seorang gadis yang berkerjaya tidak jauh beza dengan skop kerjanya telah membawa satu perubahan baru buat dirinya. Dan kerana itu, mampukah kehadiran si gadis pengganti merawat luka dalam hati Aidan yang masih terpendam lagi?

“Awak sanggup terima apa saja risiko bila awak kahwin dengan saya nanti?” – Nadia

“Bukan ke itu yang husband and wife should be doing?” – Aidan

Namun begitu, percaturan Allah lebih hebat untuk diri mereka berdua. Dek masing-masing menyimpan satu rahsia yang bakal meremukkan perasaan. Akibatnya, perhubungan Aidan dan Nadia mula berantakan apabila rumah tangga mereka yang dibina dengan tergesa-gesa itu mula dilanda ujian.

Tuesday, 7 June 2016

Hero Seorang Cinderella ~ Anjell

Ini adalah kisah seorang Cinderella dan heronya…

Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.

Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.

Macam mana Tengku Ian boleh menjadi hero seorang Cinderella? Al-kisahnya bermula pada suatu malam.

“Tips. Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.”- TENGKU IAN UZZAM

Bermulalah misi Tengku Ian untuk mendekati Medina. Terus-menerus si hero selamatkan Cinderellanya. Sehinggalah tersingkapnya satu rahsia.

Warna Hati ~ Naniey TJ

Jika aku diberi pilihan, aku memilih untuk bahagia selamanya.

“Laili, sepatutnya kau tu pergi kahwin dulu. Belajar jadi isteri solehah dulu. Barulah datang nasihat aku pasal hal-hal rumah tangga ni.” Biar aku basuh sikit perangai budak ni. Terdiam jugak dia seketika.

“Excuse me. Aku sekarang tengah cakap tentang perangai kau. Pasal abang aku,” tegas Tengku Laili.

“Betullah. Aku suruh kau cari pengalaman dulu. Baru datang ceramah aku. Atau sebenarnya, kau ni tak laku, sebab tu kau jealous dengan aku?” soalku biadab. Kalau aku jadi lelaki, tak nak aku peristerikan perempuan macam Laili. Luaran cantik, dalaman sendiri jawablah.

“Kalau bukan sebab abah, kau tu pun tak lakulah.”
“Ada jugak yang sudi jadikan aku menantu. Kau ada?” balasku mengejek.
“Kurang ajar.” Terus tangannya naik untuk menampar pipiku.
“Laili!” Suara Tengku Irsyad dari anak tangga kedengaran.
“Apa hal ni?” soal Tengku Irsyad.
“Tanyalah adik kesayangan kau ni,” balasku terus mendaki anak tangga.
“Aku belum habis lagi.” Suara Laili sekali lagi menghentikan langkahku.
“Laili sayang, sudah-sudahlah malukan diri sendiri. Aku penat. Good night.” Terus aku berlalu tanpa menghiraukan suara Laili yang kedengaran marah dengan kata-kataku.
“Perempuan tak guna!” jerit Tengku Laili geram.
“Enough, Laili. Along tak suka Laili masuk campur hal rumah tangga along,” marah Tengku Irsyad
*****
(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...