Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Rehan Makhtar. Show all posts
Showing posts with label Rehan Makhtar. Show all posts

Monday, 29 May 2023

Dia Untuk Aku ~ Rehan Makhtar

(SEM & SS) RM26.00 > RM25.00

Biarlah masa sedang menewaskan usianya. Taufiq tidak pernah kesah. Hidupnya mudah. Jika ada, adalah. Jika tiada... tak mengapalah. Melihat teman baik yang sudah bertemu cinta sejati, dia langsung tidak cemburu. Malah, bahagia mereka menjadi bahagianya. Tapi tidak pada mama. 

Dia percaya restu ibu membawa bahagia, Taufiq akur dan reda menerima wanita yang mama pilih. Dia akan mencintai wanita itu sepenuh hati pada ketika wanita itu menjadi isterinya. Namun, kerana dia manusia biasa yang tidak berdaya menduga ketentuan, Taufiq hanya mampu reda bila wanita itu lari meninggalkannya pada saat dia sedang berjalan ke pelamin pernikahan mereka. Kecewa? Sudah pasti. Apatah lagi melihat mariah keluarga calar dan air mata mama menitis. 

Hingga satu hari, ketika menemani teman baiknya, Ziyad... dia nampak seorang wanita yang bukan hanya indah pada wajah tapi juga pada budi pekerti.

Saturday, 30 March 2019

Sugar? ~ Rehan Makhtar

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Kerana dia seorang anak yang menurut kata, setiap apa yang ayah dan mama pinta, dia tunaikan. Termasuklah Haikal. Dia mencuba tapi kenapa Haikal pandang segalanya sia-sia? Haikal runtuhkan segala yang dibina dalam sekelip mata.

Hingga Nel ada. Nel adalah lelaki misteri. Sukarnya untuk dia rungkaikan apa yang ada dalam kepala lelaki itu. Nel yang begitu pandai berhujah. Penuh dengan prinsip hidup sendiri. Kerana itu, Edian mula hargai hati dan perasaan sendiri.

“Apa kata saya ponteng hari ni?” - Nel
“Nanti kena buang kerja…” – Edian
“Kena buang kerja tak apa. Jangan sampai kena buang daripada hati awak…”-Nel

Nel manis. Dia yang telah jadi hempedu dalam hidup Nel. Kembali menjadi milik Haikal, bukanlah sesuatu yang mudah namun dia tetap berusaha.

“Saya tak patut dekati awak. Meninggalkan luka di hati lelaki sebaik awak…” - Edian

Thursday, 31 May 2018

Tak Sempurna Mencintaimu ~ Rehan Makhtar

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Pertemuan antara mata redup dan mata kuyu itu tak indah. Ianya menyakitkan. Hinggakan si mata redup mahu lupakan segalanya dan tidak mahu terhutang apa-apa. Sebaliknya pula pada pemilik mata kuyu itu. Selagi gadis bernama Siratul itu belum selesaikan hutangnya, dia tak akan biarkan gadis itu begitu saja. Ya, katalah dia kejam. Kenyataannya, memang dunia ini kejam! Dia juga pernah menjadi mangsa.

“Kau sindir aku lagi, kan?” - Mustaqim
“Tak… kalau betul koyak, saya nak tolong jahitkan.” – Siratul

Wajah, lirik mata dan kata-kata Siratul kedengaran begitu jengkel pada pendengaran Mustaqim. Tapi entah mengapa… yang jengkel itulah yang dia mahu pandang, yang mahu dia tatap dan mahu dia dengar.

“Aku buat kau gila dekat aku. Baru kau tahu…” - Mustaqim
“Memang dasar orang gila!” - Siratul

Hingga satu hari, bila Siratul mula membuka hati… lelaki itu berdusta dengannya. Dia marah kerana rasa sayang yang mula bercambah.

“Kau beli adik aku dengan duit dan kau jangan ingat, kau mampu beli aku dengan duit kau! - Siratul
“Bukan niat aku nak sakiti kau, Siratul…” - Mustaqim

Thursday, 14 December 2017

Objection ~ Rehan Makhtar

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

GERHANA pasti seketika. Setiap kesabaran akan diganjari. Aira hadapi hidup dengan penuh syukur bertemankan Zariq yang begitu jujur padanya. Tapi, suatu hari Zariq pergi tanpa sebarang pesan. Aira menangis. Kecewanya dia. Zariq kejam!
Namun, hidup perlu diteruskan. Aira terus tabah demi budi yang telah dia telan selama ini. Hingga pada suatu hari dia dibawa lari oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, Aira rasa dunianya yang selama ini sekadar gerhana; menjadi gelap-gelita.

“Aku hanya sebut nama Zariq. Tapi, aku tak cakap dekat kau dia pelukis. Kau siapa sebenarnya?” - Aira

“Aku adalah hakim yang akan jatuhkan hukuman pada kau, Aira…” - Zafiq

Dia sakiti Zariq? Tak! Zariq yang tinggalkan dia. Aira bingung. Atau salah Airin, adiknya? Tapi, kenapa nama dia yang lelaki bengis itu sebut?

“Oh, jangan risau. Aku tak ambil bekas orang!” - Zafiq

“Kau boleh kata apa saja. Tapi, kau tak boleh cakap aku ni bekas orang! Sepanjang hidup aku, kau orang pertama pegang kulit aku, tahu tak?” - Aira

Tuesday, 11 July 2017

Takdir Untuk Aku ~ Rehan Makhtar

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Kerana yang beriman itu, wajib percaya akan takdir dan ketentuan.

UJIAN itu hadir dalam pelbagai rupa dan pada Ziyad, ianya hadir dalam bentuk manusia. Teratai Nur menggoncang seluruh tenangnya. Sikap buaya darat itu terhenti angkara ego yang terpenjara bila Teratai Nur menolak. Sangkanya, ini pertemuan pertama mereka biarpun dia yakin, mereka ada sejarah bersama.

“Sejauh mana kisah kita, Nur? Sampaikan Nur lari dari saya? Sejauh mana saya pernah heret Nur dulu? Sampai ke bilik ke?” - Ahmad Ziyad

“Tak… Kita memang tak ada apa-apa. Saya tak pernah kenal awak dan awak juga sama…” - Teratai Nur

Sepintar mana Teratai Nur menafi, kenyataan tak mudah dibohongi. Dialah orang itu. Yang pernah dimaki oleh lelaki segak berunifom putih dulu.

“Aku benci kau dulu sebab kau sampah masyarakat tapi kenapa hari ini kau muncul jadi orang berbeza sedangkan kau adalah yang serupa?” - Ahmad Ziyad

“Maaf kalau saya betulkan kata-kata awak, Encik Ziyad. Saya ni bekas. Bekas!” - Teratai Nur

Monday, 27 June 2016

Permata Hati ~ Rehan Makhtar

PADA Sofia, Aizudin adalah lelaki sempurna. Suami terbaik dan ayah penyayang. Namun, dia telah lupa. Yang sempurna itu hanyalah Tuhan. Bukan manusia. Kerana itu, bila terbukti Aizudin itu manusia yang khilaf, dia hampir terduduk.

“Abang ada buat salah besar…” – Aizudin
“Dengan siapa?” - Sofia

Airmata Sofia jatuh tak terseka. Untuk memaafkan Aizudin sudah cukup sukar, ini pula untuk tunaikan permintaan suaminya? Dia sudah tiada kekuatan berbaki.

“Sofia nak cakap abang pentingkan diri sendiri. Rosakkan bahagia keluarga kita selama ni. Tapi, abang tak nak terus berdosa dengan sembunyikan semua ni daripada Sofia. – Aizudin
“I trusted you for life time, abang and this is how you pay me…” - Sofia

Manusia, hanya mampu merancang tapi tiada upaya untuk kita tentukan segalanya. Sofia tabah memujuk hati biarpun seringkali berperang dengan kebencian dalam hati sendiri. Kerana cinta dan kasih pada Aizudin yang tak pernah terhakis seinci pun, dia terima segala ujian. Dia tak akan biarkan Aizudin karam kerana kesilapan.

“Apapun jadi, penceraian bukan pilihan…” – Sofia
“Terima kasih, sayang…” – Aizudin