Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Saturday 30 March 2019

Sugar? ~ Rehan Makhtar

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Kerana dia seorang anak yang menurut kata, setiap apa yang ayah dan mama pinta, dia tunaikan. Termasuklah Haikal. Dia mencuba tapi kenapa Haikal pandang segalanya sia-sia? Haikal runtuhkan segala yang dibina dalam sekelip mata.

Hingga Nel ada. Nel adalah lelaki misteri. Sukarnya untuk dia rungkaikan apa yang ada dalam kepala lelaki itu. Nel yang begitu pandai berhujah. Penuh dengan prinsip hidup sendiri. Kerana itu, Edian mula hargai hati dan perasaan sendiri.

“Apa kata saya ponteng hari ni?” - Nel
“Nanti kena buang kerja…” – Edian
“Kena buang kerja tak apa. Jangan sampai kena buang daripada hati awak…”-Nel

Nel manis. Dia yang telah jadi hempedu dalam hidup Nel. Kembali menjadi milik Haikal, bukanlah sesuatu yang mudah namun dia tetap berusaha.

“Saya tak patut dekati awak. Meninggalkan luka di hati lelaki sebaik awak…” - Edian

“Silap tu, Cik El. Saya yang dekati awak. Gamaknya, kejahatan itu masih ada dalam hati saya sebab tu Tuhan tak benarkan saya miliki gadis sebaik awak.” - Nel

Ya. Itu kenyataan. Pandangan mata kasar hanya nampak yang terzahir. Yang disembunyi, tiada siapa tahu. Nel, punya sejarah tersendiri; yang dia tahu, akan menjadi senjata dan menghunus padanya satu hari nanti.

“Ini kali terakhir awak adalah Cik El pada saya. Antara kita, tak ada lagi Nel dan El. Maafkan saya… bukan niat mahu rosakkan saat-saat akhir…” – Nel

“Sementara saya masih dekat sini, boleh saya minta sesuatu?” – Edian

“Saya risau apa yang awak minta tu, tak dapat saya berikan…” - Nel

“Anggap ajelah saya minta hadiah kahwin daripada lelaki yang satu-satunya berjaya tembus ke dalam hati saya…” - Edian

Permintaan Edian nampak ringan. Menunaikan… cukup berat. Dia mencintai Edian bukan dengan syarat wanita itu menjadi miliknya. Cukuplah Edian bahagia. Kerana keadaan begitu mendesak dan yakin; ini yang telah takdir aturkan, Nel tekad untuk nikahi Zahlia hanya kerana janji yang Edian akan bahagia dengan Haikal. Mereka akan ke jinjang pelamin pada hari yang sama. Sayang, pengantinnya berbeza.

Bahagia itu ada pada hati yang reda. Tapi, memang sifat manusia. Menasihati itu mudah selama tidak terhantuk dahi sendiri. Bagaimana harus mereka telan kepahitan hari ini, demi manisnya hari esok;