Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday, 14 October 2016

Sayang Awak, Encik Penganggur ~ Qhayra Qhayriesa

(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

Sejak Qaila ditugaskan untuk menyiasat kes pembunuhan Tan Sri Rashid, banyak perkara tak dijangka berlaku kepadanya. Paling tak sangka, dia diekori seorang lelaki yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Ray. Orangnya kacak seperti pelakon lelaki popular. Tubuhnya pun tegap lagi tinggi macam model. Tapi yang menghairankan Qaila, kenapa gadis kasar seperti dia pula yang dikejar lelaki hebat seperti Ray?

“Baik awak cakap. Kenapa awak ekori saya?”
“Sebab saya suka awaklah. Takkan itu pun awak tak faham.”

Hairan-hairan pun, Qaila terima juga lamaran Ray. Bukan kerana suka. Hanya kerana Ray berjanji akan jaga dia selama kes Tan Sri Rashid belum selesai. Tapi, ada syaratnya. Perkahwinan mereka haruslah dirahsiakan dan untuk satu tempoh tertentu saja.

Dah nama pun tinggal serumah, hari-hari pula bersua muka. Mustahil bagi Qaila kalau tak jatuh sayang kepada suaminya. Tambahan pula Ray tak lekang dengan perangai sasaunya. Semakin angaulah Qaila jadinya.

“Sasau tu maknanya gila, kurang siuman. Macam awaklah. Sasau tak kira masa.”
“Hmm, kalau betul abang sasau sekalipun, abang sasau kat sayang seorang aje. Sumpah!”

Tapi, bahagia jarang nak berlama-lama. Kemunculan Bella yang mendakwa dirinya tunang Ray telah mengubah segalanya. Sekali gus membongkar identiti Ray yang sebenar. Jadi bagaimana dengan Qaila? Mampukah dia terus menyayangi Ray dan mempertahankan rumah tangga mereka? Ray sendiri, apa kaitannya dia dengan pembunuh sebenar arwah Tan Sri Rashid?