"Sudah bersedia untuk masuk ke dalam hutan?' tanya Encik Jamal kepada kami ketika dalam perjalanan dari stesen kereta api ke kawasan penempatan pelarian Calais.
"Oh, dalam hutan ke kawasannya?' tanya saya dalam hati.
Ketika itu fikiran saya teringat akan sekeping gambar yang tersebar di Facebook berkenaan perbezaan antara kem-kem pelarian di beberapa buah negara. Kem di Perancis adalah antara yang paling teruk.
Kem pelarian di Calais, Perancis ini digelar sebagai The Jungle. Disebut sebagai Jungle kerana dulunya kawasan ini penuh dengan pokok-pokok. Namun sekarang pokok-pokok di kawasan ini telah ditebang. Menurut Encik Jamal, dulunya kawasan ini adalah tempat pembuangan sampah sarap.
Mungkin kerana nama tempat ini adalah "Hutan", Kadang-kadang manusia tiada akal. Bukan pelarian sahaja, penguasa-penguasa di sini juga melayan manusia seperti penjaga binatang yang kejam melayan binatang dengan cara yang tidak baik.
Dan ini pula adalah kisah saya sebagai salah seorang sukarelawa di kem pelarian Calais.