Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday, 12 November 2020

Muhammad Bukan Pendusta ~ Firdaus Zainal, Hanim Anuar

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.10

Nama ' Muhammad ' begitu sinonim dengan umat Islam meliputi tatacara kehidupan, keperibadian dan akhlak yang terpuji . Islam meletakkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai insan paling sempurna dan dicintai semua makhluk . Baginda dimuliakan Allah dengan pelbagai nama dan gelaran di dalam Al Quran dan hadis. Setiap daripada kita bercita-cita untuk beroleh syafaat baginda di Hari Kebangkitan kelak. Namun, Nabi Muhammad s.a.w juga tidak terlepas dari kecaman musuh-musuh Islam.

Bermula daripada abad ke 7 sehingga sekarang, nama Muhammad tidak lekang daripada fitnah dan pembohongan yang ditulis orientalis dan diwarisi dari generasi ke generasi. Malah, kewujudan media sosial telah menjadikan ' Muhammad ' sebagai satu agenda provokasi melampau pihak-pihak tertentu yang pastinya mengguris hati umat Islam. Justeru , karya ini hadir sebagai pencerahan di sebalik agenda jahat mereka yang menghina Nabi Muhammad s.a.w. 

Berpandukan rujukan silang bidang antara pengajian Islam, sejarah, teologi, sosiologi, politik dan medieval, karya ini merungkao secara kronologi bagaimana fitnah ke atas Nabi Muhammad s.a.w bermula dan tersebar luas di eropah. Seterusnya , agenda kotor, kebencian dan kekeliruan orientalis dalam merencanakan sirah kehidupan dan perwatakan Nabi Muhammad s.a.w juga didedahkan sebagai asas pengetahuan mengenai fitnah yang sedang berleluasa di media sosial. Fitnah dan pembohongan

terhadap Nabi Muhammad s.a.w yang ditulis oleh penulis Medieval menyedarkan kita bahawa ia bukanlah satu penulisan biasa tetapi ia adalah serangan terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan Islam.

Memetik kata Peter the Venerable;

"I attack you not with arms, as many of us often do, but with words, not with force but with reason, not with hate but with love... I love you; out of love I write to you and with the help of Scriptures I show you the way to salvation"