Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday, 20 October 2017

Awak Dah Curi Hati Saya ~ Luvis Eija

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Pertemuan pertama antara mereka diserikan dengan bunga-bunga pertengkaran. Sikap kekwat yang ditunjukkan oleh WAZIF membuatkan hati HUSNA AQILA meluat gila.

“Kau ni dah gila, erk?” ~ Wazif

“Awak tu yang gila! Dah nampak saya bagi signal nak masuk parking ni, kenapa awak main redah aje? Parking tu saya yang cop dulu! Nasib baiklah saya sempat tekan brek tadi. Kalau tidak…” ~ Husna

“Kalau tidak, kenapa? Simpanlah taktik lapuk kau tu! Aku tahu kau sebenarnya nak mengurat aku, kan? Pleaselah… perempuan macam kau ni… mmm, bukan taste aku!” ~ Wazif

Hati Husna terbakar. Sungguhpun begitu, dalam diam dia akui mamat kekwat itu memang kacak orangnya. Tapi sayangnya… mulut busuk macam longkang! Namun, apa yang Husna kisah! Kekasih hatinya Mikail tetap menjadi lelaki terkacak di matanya. Perancangan Allah itu memang tidak pernah terduga. Selepas pertemuan pertama, terjadi pula pertemuan demi pertemuan yang seterusnya. Masih lagi ada bunga-bunga pertengkaran, namun aneh! Hati masing-masing mula berdetak sesuatu. Sungguhpun begitu, bagi Husna cintanya hanya untuk Mikail seorang. Namun, impian indahnya hanya tinggal kenangan. Kedatangan Mikail pada suatu hari menuntut perpisahan, sekali gus mencarik jaring angannya. Wazif pula, dek kecewa dengan cinta silam membuatkan dia dingin dan beku dengan perempuan. Bagi Wazif, cinta itu cuma menyakitkan.

Sungguh! Hanya Allah sahaja yang tahu perancangan-Nya. Sekali lagi mereka bertemu secara tidak sengaja dan pada kali ini terus mengikat mereka dengan ikatan pertunangan. Husna bingung! Perlukah dia meneruskan semua ini sedangkan hatinya sudah mati untuk sebuah cinta? Mampukah dia mencantum semula hatinya yang telah lebur dan memberikannya kepada Wazif?

“Apa jaminannya saya akan bahagia dengan awak? Kita tak pernah bercinta!” – Husna

“Hmmm… rasa cinta boleh dipupuk Husna…” – Wazif

Sumpah, Husna bingung! Mengapa tiba-tiba sahaja Wazif begitu nekad untuk bersamanya, sedangkan sebelum ini mereka bagaikan kucing dengan anjing? Mampukah mereka untuk bahagia bersama?