Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Luvis Eija. Show all posts
Showing posts with label Luvis Eija. Show all posts

Saturday, 26 January 2019

Bisikan Rindu Semalam ~ Luvis Eija

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Kerana kenangan silam, Cinta Arissa menutup pintu hatinya untuk semua lelaki. Janji abang sepupunya, Hariz Ilman terus dipegang. Bertahun-tahun lamanya.

7 tahun Hariz pergi menyepikan diri, membiarkan Arissa terus hidup bersama kenangan silam; membuatkan perasaan rindu bertukar sedikit demi sedikit menjadi dendam. Kepulangan semula Hariz bersama seorang anak perempuan comel menambahkan lagi luka di hati Arissa. Tapi, kepetahan anak comel itu membuatkan hati kecilnya terpaut sayang.

“Would you like to be my mama?” – Izzara

Atas desakan keluarga, mereka berdua dikahwinkan. Biarpun perasaan sayang dan rindu terhadap Hariz tidak pernah pudar, namun perasaan dendam dan marah terus menguasai hati Arissa, sehinggakan hatinya menjadi begitu keras untuk mengakui perasaannya sendiri. Biarpun berkali-kali Hariz menyatakan rasa cinta dan sayangnya, hati Arissa tetap tidak mahu mempercayai. Tetap meragui keikhlasan hati lelaki itu.

Friday, 20 October 2017

Awak Dah Curi Hati Saya ~ Luvis Eija

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Pertemuan pertama antara mereka diserikan dengan bunga-bunga pertengkaran. Sikap kekwat yang ditunjukkan oleh WAZIF membuatkan hati HUSNA AQILA meluat gila.

“Kau ni dah gila, erk?” ~ Wazif

“Awak tu yang gila! Dah nampak saya bagi signal nak masuk parking ni, kenapa awak main redah aje? Parking tu saya yang cop dulu! Nasib baiklah saya sempat tekan brek tadi. Kalau tidak…” ~ Husna

“Kalau tidak, kenapa? Simpanlah taktik lapuk kau tu! Aku tahu kau sebenarnya nak mengurat aku, kan? Pleaselah… perempuan macam kau ni… mmm, bukan taste aku!” ~ Wazif

Hati Husna terbakar. Sungguhpun begitu, dalam diam dia akui mamat kekwat itu memang kacak orangnya. Tapi sayangnya… mulut busuk macam longkang! Namun, apa yang Husna kisah! Kekasih hatinya Mikail tetap menjadi lelaki terkacak di matanya. Perancangan Allah itu memang tidak pernah terduga. Selepas pertemuan pertama, terjadi pula pertemuan demi pertemuan yang seterusnya. Masih lagi ada bunga-bunga pertengkaran, namun aneh! Hati masing-masing mula berdetak sesuatu. Sungguhpun begitu, bagi Husna cintanya hanya untuk Mikail seorang. Namun, impian indahnya hanya tinggal kenangan. Kedatangan Mikail pada suatu hari menuntut perpisahan, sekali gus mencarik jaring angannya. Wazif pula, dek kecewa dengan cinta silam membuatkan dia dingin dan beku dengan perempuan. Bagi Wazif, cinta itu cuma menyakitkan.

Friday, 19 August 2016

Lakaran Cinta di Garis Waktu ~ Luvis Eija

"Kenapa renung saya macam tu? Mulut saya comot lagi ke?" Mulut disapu laju. Mana tahu masih ada lagi sisa aiskrim tadi.
"Awak ni manislah." Jujur Firash. Senyuman mula menguntum di bibir.
"Awak baru tahu ke?"Hanim tertawa manja. Tapi pipi dia tetap merah. Malu sebenarnya.
"Eeii.. Perasannya!" Firash tertawa juga. Bahagia mendengar tawa manja Hanim.
"Awak yg cakap saya manis tadi, okey? Saya ia kn aje.." Bibir Hanim masih senyum-senyum.

Mata Firash masih tetap lurus pada muka Hanim. Dalam kepala mula menghitung berapa banyak masa lagi yang tinggal untuk mereka.

"Hanim.. Kalau kita dah tak bersama nanti awak rindukan saya tak?" Tiba-tiba saja hati melonjak ingin tahu.
Mati terus senyuman di bibir Hanim. Terus mukanya dipalingkan ke arah tasik teratai.

"Cantik kan teratai tu?" Senyuman kelat bermain di bibir Hanim. Soalan Firash dibiarkan sepi tanpa jawapan.

"Hanim?" Firash masih belum berpuas hati.
Hanim tarik nafas panjang. Kali ini mata Firash ditentang dalam.
"Awak memang nak lepaskan saya ke?"

Monday, 18 May 2015

Setiaku Milikmu ~ Luvis Eija

Sara Dhia. Seorang gadis desa yang hidupnya senantiasa dirundung duka. Sejak kecil dia telah dijaga oleh makciknya kerana kedua ibu dan bapanya telah meninggal dunia. Namun, menumpang kasih ibu saudara tidaklah sama dengan kasih ibu sejati. Banyak derita yang harus dia tempuhinya.

Pertemuan tak terduga dengan seorang lelaki bernama Adam Hakimi telah mengikat dia buat selama-lamanya dengan lelaki itu. Atas alasan hutang, Sara disunting oleh lelaki itu sebagai suri. Biarpun di hati tiada cinta. Sara redha! Siapa sangka, hidup bersama Adam lagi banyak kisah duka dari manisnya. Pernikahan tanpa cinta itu benar-benar menjerut hati Sara. Tambahan pula, Adam terang-terangan mengakui dia cintakan perempuan lain. Harus, bagaimanakah Sara?
Sikap bertanggungjawap dan ambil berat yang ditunjukkan oleh Adam tanpa sedar telah membenihkan bunga cinta di hati Sara buat lelaki itu. Dalam diam dia memasang tekad untuk terus setia menanti secebis cinta dari sang suami.