Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Saturday, 26 January 2019

Bisikan Rindu Semalam ~ Luvis Eija

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Kerana kenangan silam, Cinta Arissa menutup pintu hatinya untuk semua lelaki. Janji abang sepupunya, Hariz Ilman terus dipegang. Bertahun-tahun lamanya.

7 tahun Hariz pergi menyepikan diri, membiarkan Arissa terus hidup bersama kenangan silam; membuatkan perasaan rindu bertukar sedikit demi sedikit menjadi dendam. Kepulangan semula Hariz bersama seorang anak perempuan comel menambahkan lagi luka di hati Arissa. Tapi, kepetahan anak comel itu membuatkan hati kecilnya terpaut sayang.

“Would you like to be my mama?” – Izzara

Atas desakan keluarga, mereka berdua dikahwinkan. Biarpun perasaan sayang dan rindu terhadap Hariz tidak pernah pudar, namun perasaan dendam dan marah terus menguasai hati Arissa, sehinggakan hatinya menjadi begitu keras untuk mengakui perasaannya sendiri. Biarpun berkali-kali Hariz menyatakan rasa cinta dan sayangnya, hati Arissa tetap tidak mahu mempercayai. Tetap meragui keikhlasan hati lelaki itu.

“Abang, kenapa kita perlu teruskan pernikahan ni? Cinta tak nak bernikah dengan abang. Semua ni tak patut berlaku.” – Arissa

“… Abang tak ada masalah kalau nak teruskan pernikahan ni .Abang memang nakkan pernikahan ni. Bukan sebab nak tutup mulut orang kampung, tapi sebab… you’re right here. In my heart!” – Hariz

Saat hatinya mula belajar mahu memaafkan, muncul pula lelaki lain yang menggugat perasaan.

“I sukakan you, Arissa. Sejak bila, I sendiri tak pasti. Tapi pertama kali I nampak you, hati I terasa begitu dekat dengan you. Ini bukan ayat Mat Romeo, Arissa. I dah cukup tua untuk bermain cinta.” – Dato’ Kamal

Peliknya, Arissa juga dengan mudah terjatuh sayang kepada Dato’ Kamal. Cintakah dia kepada lelaki itu? Tapi kenapa getaran hatinya tatkala terpandangkan Dato’ Kamal tidak sama seperti getaran hatinya saat terpandangkan Hariz? Rasanya lebih halus, lebih mendalam! Yang nyata, dia sayangkan kedua-duanya! Kedua-duanya ada keistimewaannya yang tersendiri. Hanya hatinya saja yang mengerti.