Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday, 22 December 2017

Mazrik's Signorina ~ Aiza Qriselda (AQ)

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Kata Mazrik, dia ada lima orang adik. Kata Tia, sebab Mazrik tua lima tahun daripadanya, macam tidak beradab pula jika dia terus panggil lelaki itu dengan nama. Jadi mereka declare, MAZRIK adalah ‘abang’ dan TIA CLARISSA adalah ‘adik’.
Baik Mazrik mahupun Tia, masing-masing mengetahui yang mereka telah dimiliki. Mazrik, milik tunangannya sejak tiga tahun lalu manakala Tia, setia kepada Am yang sekejap ada sekejap tiada.

“Kak Suria sihat, abang?” – Tia
“Am bagi birthday present apa pada adik?” – Mazrik
Karakter Mazrik yang cool dan matang menyebabkan Tia selesa jadi diri sendiri tanpa perlu kontrol ayu. Di matanya, Mazrik bukan Am yang dia perlu berkelakuan sempurna. Mazrik adalah abangnya yang sentiasa menerima kekurangan dan kelebihan setiap adik-adiknya.
“Kalaulah kita berjumpa lebih awal…” – Mazrik
“Abang bila nak kahwin dengan Kak Suria? Jangan lupa jemput tau!” – Tia
Saat ada hati yang berubah, ada jiwa yang rasa terperangkap. Satu pihak cuba meluahkan, satu pihak berkeras menafikan. Bagi Tia, Suria terlalu baik untuk dikhianati dan dilukai. Jadi apabila Mazrik meletakkan syarat, dia sedaya upaya memenuhinya, asalkan pernikahan Mazrik dan Suria diteruskan. Ditegarkan hati menerima ketentuan Ilahi, namun mengapa mesti lelaki yang bernama Mazrik Hakimuddin muncul saat jari manisnya tersarung cincin milik Amir Hamzah?
“Tia.” – Mazrik
“Adiklah!” – Tia
“Tia.” – Mazrik
“Rissa then.” – Tia
“Tia.” – Mazrik
“Orang lain semua panggil Rissa tahu tak?” – Tia
“Abang bukan orang lain, abang adalah abang. So, kalau nak abang maafkan Tia, T-I-A, Tia. Titik kekal.” – Mazrik
“Uffftttt! Abang memang gila!”- Tia
Mazrik nekad. Kali ini, dia takkan mengalah. Tia Clarissa bukan lagi adiknya. Sebaliknya Tia Clarissa adalah Tia, gadis dalam hatinya.