Kata Nur Balkis, Balkis hanya untuk Sulaiman dan Adam hanya untuk Hawa Kata Adam, jangan nak mengada nak ubah kisah mereka berdua. Adam tetap untuk Balkis dan Nur Balkis hanya untuk Adam Nazwan
"Balkis, nanti kalau aku pergi kolej, boleh tak aku whatsapp kau hari-hari? Manalah tahukan. Kau rindukan aku ke.."- ADAM
"Yang kau sibuk nak whatsapp aku kenapa pulak, Adam? Baik kau whatsapp mak ngah tu. Ada jugak faedahnya. Lagi satu, aku ni pangkat kakak eh. Jangan lupa tu."- Balkis
Adam sayangkan Nur Balkis sejak dia mula mengenali makna cinta dan mengetahui sepupunya itu bukan ada apa-apa pertalian darah dengannya. Walau Nur Balkis menganggap dia lagi tua daripada Adam dan patut dipanggil Kak Akis, Adam buat tak kesah aje.
Rasa cintanya kepada Nur Balkis dihalang oleh mamanya iaitu mak ngah Balkis. Lalu Nur Balkis cuba menjauh dan bertunangan dengan Hariz, bekas bosnya. Mungkin dengan cara itu saja dia dapat melupakan Adam.
Namun, pertunangan mereka tak lama bila Balkis memutuskan pertunangan itu sebab Hariz menjalinkan hubungan dengan kawan baik Balkis sendiri, Adira. Adam pula telah dijodohkan oleh mamanya dengan seorang model, Aqilah. Atas sebab-sebab tertentu pertunangan itu diputuskan oleh Adam.
Adam cuba mendekati Balkis semula. Hubungan baik dan mesra itu tidak disenangi oleh mak ngah Balkis. Lalu Adam membawa diri jauh dari keluarga. Balkis juga membawa hati yang lara dan terpaksa melukakan hati Adam sekali lagi bila memikirkan perasaan mak ngahnya.
"Apa yang awak buat ni lagi melukakan hati saya, Nur Balkis. Semua ... yang awak lakukan dulu melukakan hati saya. Awak langsung tak mahu memahami perasaan saya..."- ADAM
Demi rasa cinta yang mendalam, Adam sanggup mempertahankan perasaannya. Untuk Nur Balkis, dia sanggup berdepan dengan apa saja dugaan.
"Kalau dah sayang, apa nak ditakutkan? Saya akan sentiasa bersama awak, Nur Balkis!"- ADAM