Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 17 August 2018

Hingga Tiba Saat Itu ~ Farisya Natasha

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

Apa yang sanggup kita lakukan jika perpisahan adalah pilihan terakhir? Adakah kita berani untuk memilih pilihan tersebut?

Perpisahan itu bukan pilihan tetapi keadaan yang memaksa mereka untuk membuat keputusan. Setelah puas memujuk, puas merayu, akhirnya Eshal Wardina akur dengan takdir Tuhan. Perkahwinan yang dibina bersama Syed Arash sudah sampai ke penghujungnya. Tiada lagi cara untuk memperbaiki bila Arash sendiri menginginkan semua itu terjadi.

"Abang yakin, Shal akan lebih bahagia tanpa abang." - Arash

"Abang bukan Tuhan nak tentukan Shal akan bahagia atau tak! Dan jangan cakap pasal bahagia kalau abang sendiri tak tahu apa maknanya!" - Eshal

Perpisahan membawa mereka ke haluan masing-masing. Setelah tiga tahun tak bersua, mereka akhirnya ditemukan semula. Dalam marah, ada rasa rindu yang menjengah. Dalam benci, ada rasa sayang yang masih berbaki. Apatah lagi apabila Eshal tahu, di sebalik perpisahan mereka, ada rahsia yang Arash sembunyikan selama ini. Rahsia yang menyimpan segala penderitaan yang ditanggung oleh Arash sepanjang perpisahan mereka.

Namun untuk kembali bersama itu tak semudah yang disangka. Kerana ada insan yang membenci melihat mereka bersatu semula.

"Kau pindah ke sini sebab apa? Sebab nak dekati Eshal semula? Jangan harap! Kau langkah mayat aku dulu." - Ehsan

Bahkan kehadiran Naim di sisi Eshal juga, membuatkan keadaan menjadi semakin rumit. Sedangkan bermacam alasan sudah diberikan untuk menolak huluran kasih daripada lelaki itu tetapi Naim seolah-olah tak reti bahasa.

"I believe, I deserve someone better. Someone like you." - Naim

"Saya dah nikah, Encik Naim." - Eshal

"Eshal... Saya akan lebih percaya kalau awak kata yang awak dah bertunang. Tapi kalau dah nikah tu... You have to work harder, sweetheart. To make me believe you." - Naim

Eshal lelah dan Arash hampir mengalah. Benarkah akan ada bahagia yang menanti buat mereka? Andai ada sekalipun, mereka tak pasti adakah mereka mampu bertahan hingga tiba saat itu atau mengalah sebelum waktunya? Atau sememangnya selama ini mereka bertemu hanya untuk berpisah?