Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 5 October 2018

40 Hari ~ Khairul Aswad

 (SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Sumpahan yang membelenggu keturunan Haji Sulaiman bukanlah suatu cerita cereka semata-mata bagi penduduk Kampung Wang Merak.

Selepas kematian Dandalina, Raizal cuba mencari punca kematian isterinya. Dia bersama Bakri menuju ke Kampung Wang Merak. Sebenarnya Raizal takkan boleh lari daripada sumpahan itu. Kematian Dandalina hanyalah umpan dan sekarang masa lelaki itu pula sudah tiba.

Raizal pun sebenarnya selalu diganggu dengan macam-macam jelmaan. Dia sendiri keliru kenapa gangguan tu semua sentiasa menghantui kehidupannya dan isterinya. Sayangnya Raizal tak tahu yang ini semua sebenarnya satu sumpahan yang membelenggu Dandalina. Sumpahan itu akan kekal dibawa sampai ke mati.

“Benda tu akan terus ganggu saya ustaz.”
“Ya. Selagi kita tak jumpa sebab kenapa sumpahan tu berlaku dan bagaimana cara untuk mengatasinya, benda tu akan terus ganggu awak.”