Kerana satu insiden, Zalya nekad untuk mendekati Nazif walau dengan apa cara sekalipun. Apabila Nazif menafikan, Zalya mula menghantar pesanan WhatsApp ala-ala stalker hampir setiap hari.
‘Bila awak nak sambut?’ – Zalya
‘Sambut apa?’ -Nazif
‘Sambut salam cinta kasih sayang daripada saya. Cia cia cia…’ – Zalya
Tidak cukup dengan serangan WhatsApp, Zalya sanggup menghentam kereta lelaki itu demi mencipta kebetulan. Kemik kereta lelaki itu dikerjakannya. Namun tindakan luar alamnya itu hanya mengundang kemarahan dan kebimbangan Nazif.
“Hurm… saya tahu kenapa awak risau sangat dengan saya. Saya rasa awak dah jatuh ni.” – Zalya
“Jatuh apa?” – Nazif
“Jatuh cinta dengan saya.” – Zalya
Jatuh cinta? Mahu Nazif tidak terkejut apabila bertemu gadis seperti Zalya. Tahap keyakinan gadis itu lain macam. Malah, suka-suka hati mahu tahu sama ada hatinya sudah terpikat ataupun tidak. Namun kehadiran Zalya sedikit sebanyak mengusik jiwanya. Tanpa sedar, cinta datang mengetuk pintu hati.
Saat bahagia mula terasa, kebenaran yang tak disangka-sangka terbongkar di depan mata. Zalya rasa tertipu dan dikhianati. Rupa-rupanya ada rahsia yang tersimpan rapi.
“Maafkan saya, Zalya.” – Nazif
“Maaf? Awak tahu tak apa yang paling saya benci dalam hidup saya? Pe-ni-pu! Orang macam awaklah yang paling saya benci sekali! Awak sedar tak betapa besarnya pembohongan awak? Awak fikir senang-senang aje saya boleh maafkan?” – Zalya.
“Saya tak berniat untuk tipu awak, Zalya.” – Nazif
“Habis, kenapa tak berterus terang dari awal? Kenapa awak diamkan aje? Kalau saya tahu, saya tak payah kahwin dengan awak. Saya tak payah rasa terseksa sebab kena tipu hidup-hidup begini!” – Zalya
Mampukah Zalya terus mencintai Mr. Heronya seikhlas hati?