Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday 16 April 2019

Infidelity ~ Marini Mat Zain

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Ada orang dilimpah kasih yang melimpah ruah. Mana-mana pergi mendapat kasih dan manja. Tidak putus rasanya cinta di dada. Hingga terkadang sukar membuat pilihan. Betapa ramai lelaki mahu mencurah cinta. Itulah Melissa.

“Aku tak faham seperkara mengenai lelaki. Aku rasakan aku cukup khatam dengan fiil dia. Tapi semakin aku kenal dia, rupa-rupanya masih banyak pula aku rasa keciciran. Takkanlah sukatan pelajaran berkenaan dirinya kian bertambah?”
- MELISSA

Ada pula yang sering sendiri. Cinta tidak pernah datang walaupun mencari. Kalau mencari pun takkan ketemu kerana yang indah cuma sementara. Esok dia kan kembali sendiri. Hanya bertemankan kenangan yang dikutip. Ini pula tentang Zalea. Dia mengukur nasib diri di badan sendiri.

“Tak perlu berusaha tetapi semua lelaki suka dekat dengan dia. Ada pula dah usaha macam-macam. tetapi jodoh tetap liat nak dekat. Aku pernah lalui semua itu. Orang paling kita senangi itulah yang takkan kita dapat,” – ZALEA

Apabila hati bersilang cinta, kekalutan melanda dua pasangan ini - Mellisa dan Aril, Zalea dan Aidil.

Kecurangan Aril, bakal suami Melissa dengan sahabat baiknya sendiri. Betapa sebuah persahabatan antara Melissa dan Zalea telah pudar disebabkan kecurangan itu.

Dari seorang suami, Aidil menuduh isterinya Zalea curang lalu seorang ayah tidak mahu menerima bayinya sendiri, adakah kisah silam Zalea yang dibuang bapa sendiri berulang kembali?

Benarkah Aril yang curang terhadap Melissa atau sebaliknya Melissa mesra dengan Aidil?
Apakah Zalea sebenarnya mengambil kesempatan atas simpati orang lain? Adakah Melissa yang tolol membenarkan kecurangan berlaku di depan matanya?

Segala-galanya mengenai ketidaksetiaan dan kecurangan dalam mencari makna sejati.

Di mana kebencian menjadi menu utama yang menghancurkan definisi sebuah hubungan.