Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday 9 July 2019

Sara Nur Naila ~ Mardihah

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

“Kalau kita ditakdirkan berpisah, you nak cari lelaki yang macam mana?” Khalil 
“Kalau dia senyum kan, hati I mesti akan rasa berdebar-debar. Macam ada gendang tau kat hati I nanti.” Sara 

Namun bilang emak, Sara ini tak akan sesekali beroleh bahagia. Sumpah itu sendiri diiakan oleh Sara, bahawa memang takdirnya memang begitu. Bahagia takkan pernah singgah dalam hidupnya. Khalil bukan jodohnya, malah penyebab deritanya. 

“Pergilah mana saja kau pergi. Sesekali pun kau takkan bahagia. Kalau aku dah benci dan tak reda dengan kau, sampai bila-bila kau akan sentiasa merana.” - Nonie 

Kerana khilaf dan titik duka itu, dia menjadi pelarian di bumi Melbourne, mencicip manisnya kehidupan bersama Haslinda, mak su kesayangannya. Dalam tak sengaja, wajah yang lama bermuram itu mula pandai mengukir senyum kepada insan selain Haslinda saat munculnya Reza. Lelaki yang mengembara ke tanah kanggaru mencari anak lelakinya. 

“Kau ada dua bulan lebih aje kat sini nak cari anak kau. Untuk pengetahuan kau, wahai Encik Reza oi, pulau yang bernama negara Australia ni besar. Kau ingat Aussie ni kecil macam Melaka?” – Sara 

Mereka bertekak, bersenda, lalui musim kegembiraan yang buat hati masing-masing membisik rasa indah. Sara menjadi penenang yang setia buat Reza. Dan apabila tiba saat untuk Reza pergi, Sara masih kukuh memegang rahsia hidupnya. Dan akhirnya tiang utuh dalam hidup Sara telah roboh. Saat Haslinda dikhabarkan hilang, bagai roh Sara turut sekali melayang. Seperti tujuan hidupnya telah terlupus sama sekali.