“Kita jumpa lagi kat sini. Garam di laut, asam di gunung bertemu dalam belanga juga. Berjodoh betul. Kan Cahaya, kan?” -Adib Huzairi
“Hebat betul taste janda macam kau ni, kan?” -Ainil
“Sebab saya jandalah kak, taste saya kena tinggi sikit.” -Cahaya
Cahaya ini, benci betul kalau orang memandang rendah kepadanya hanya kerana dia menyandang gelaran janda. Salah ke kalau dia itu janda kerana kematian suami! Dihimpit dengan desakan keluarga Aizul yang mahu menyatukan mereka berdua, Cahaya jadi rimas. Mujurlah Adib itu selalu jadi penyelamat, selalu jadi hero untuk dia dan Fifi.
“Mama, boleh ke Uncle Adib jadi papa Fifi?” -Fifi
Adib itu akhirnya suka, sayang dan mahukan Cahaya. Tapi dia takut untuk berterus terang dengan emaknya yang terlalu tegas. Roza itu kan anti dengan budak-budak. Fifi nanti mesti akan sepahkan rumah dan nanti rumahnya mesti akan berhabuk. Eee, Adib nak kahwin dengan janda beranak satu?!