Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 29 November 2019

Bagaikan Langit Syurga ~ Akira Dorayaki

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Hari ini aku melihat langit. Aku melihat langit sperti aku tidak dapat melihatnya lagi esok. Sama juga seperti kamu. Aku mahu melihat kamu seperti langit yang sentiasa tenang dilindungi awan. - ZAHIRI 

''Terima kasih, Abang Ri. Sebab sudi terima Fanna walaupun Fanna tak sesempurna mana.'' - FANNA AUDREY. 

Mengenali Zahiri memberikan harapan baru buat Fanna untuk meneruskan hidup. Belajar melupakan kenangan pahit bersama papa. 12 tahun dulu, lelaki pengecut itu telah melarikan diri dari rumah dan membawa adik bersama. Tinggalkan Fanna terkontang-kanting menjaga mama yang lumpuh. 

''Mungkin dia lupa. Langit tak selalunya cerah.'' - IMRAN ITISYAM.

Ujian datang membadai. Tanpa diduga, papa muncul kembali mendambakan kemaafan. Namun, semuanya tak sama seperti dulu. Adik yang dikasihi sudah menginjak remaja dan semakin memberontak. Paling mengejutkan, papa ada anak tiri bernama Imran Itisyam. Lelaki itu terlalu sinis dan punya ego stinggi langit! 

''Kalau papa ada masalah. Papa kongsilah dengan Fanna. Fanna sedia jadi bahu untuk papa bersandar.'' Fanna genggam jari-jemari papanya. 
''Ini bukan masalah, Fanna. Ini permintaan yang tak ada sesiapa pun mampu turutkan.'' - JAILANI 

Satu permintaan yang sukar untuk ditunaikan. Terlampau banyak rahsia gelap yang disimpan. Mampukah Fanna mengotakan permintaan tersebut? Masihkah ada pengakhiran bahagia buat dirinya?