Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 29 November 2019

#TEARS Bidadari Yang Dirindu ~ Qisnur Harraz

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Benarlah hidayah itu milik Ilahi. Hidayah yang diperolehi Diana membuatkan dia serta-merta meninggalkan kehidupan lamanya yang penuh dengan dosa. Dek penghijrahannya itu, Ejaz terbuka hati untuk menyunting Diana menjadi bidadari dalam hidupnya.

“I nak ambil you jadi isteri I.” – Ejaz

Diana tidak menyangka Ejaz sanggup melamarnya sedangkan Ejaz tahu siapa dirinya sebelum dia berhijrah. Terasa dirinya masih dihargai membuatkan Diana rasa terlalu bahagia. Usai bertunang, perhubungan mereka mula diuji apabila kisah silam Diana dipersoalkan.

“Kamu tak malu ke ada isteri yang dah rosak nama macam tu? Semua orang keji dia. Kamu sanggup terima?” – Puan Salmah

Walau mendapat tentangan daripada uminya, Ejaz tetap meneruskan pernikahannya. Tidak betah untuk dia meninggalkan Diana hanya kerana kisah silamnya. Ejaz yakin Diana sudah berubah sepenuhnya.

Penghijrahan Diana membuatkan dirinya sentiasa diuji. Tidak cukup dengan mentua yang membenci dirinya, ditambah lagi dengan fitnah yang sangat mengaibkan dirinya. Terlalu berat pertuduhan yang dilemparkan kepadanya.

“I tak mintak orang pandang mulia pada diri I ni. Pandang suci jauh sekali. Cukuplah kalau mereka beri ruang untuk I lalui perubahan hidup I ni dalam keadaan aman. Tanpa cacian. Tanpa hinaan. Sebab I ni tak sekuat mana pun.” - Diana.

"Kenapa you pandang I macam tu?” soal Ejaz memecah sepi. Mata bundar isterinya itu nampak begitu layu.

“You tak perlu buat semua ni. You jangan caring sangat dengan I. Takut nanti I tak dapat lupakan you langsung,” tutur Diana dengan sebak.

Betapa dia risau andai satu saat nanti dia benar-benar terbuang dari hidup Ejaz. Pastinya dia akan teruk merana lebih-lebih lagi segala kebaikan Ejaz itu bakal dikenang setiap detik.