“Wh… wh… who are you…?”- Zahra
“What do you want?”- Noh
Kali pertama bertentang mata tajam Noh, Zahra sudah dapat menjangka kehidupannya bakal berubah 360 darjah. Mukanya tampan sampai tahap boleh terlanggar tiang lampu, tetapi sekali dia buka mulut, Zahra makan hati berhari-hari dengan setiap kata-kata berbisanya.
“I bagi you masa 20 minit untuk belikan I americano.” - Noh
“Kalau I balik ke sini sebelum 20 minit tamat, what will I get from you?” - Zahra
Noh, kalau boleh memang tidak dapat melihat Zahra berasa senang walaupun sekejap. Tak cukup mengarah itu ini, ke blind date Noh Zahra dibawa bersama, walhal Zahra sudah terang-terang tidak mahu. Namun apakan daya, Zahra cumalah PA lelaki sedingin Noh. Disebabkan Zahra, Noh menjadi seorang yang banyak bercakap ketika. Zahra pula, tanpa menyedari, mulai jatuh cinta dengan Noh. Namun, demi satu rahsia besar, dia terpaksa melupakan perasaannya sendiri. Dia lebih rela mengundur diri daripada kecewa di kemudian hari.
“I love you.” - Noh
“I love you more than what you can imagine.” - Zahra
Bila lelaki dingin seperti Noh mula bermanis kata, Zahra terus tak jadi nak lupakan perasaannya. Dia luahkan habis-habisan sebab Noh juga simpan rasa sepertinya.