Setelah berusaha mencari gerangan yang diamanahkan oleh adik tersayang sehingga ke bumi London, akhirnya Faiqah Asiah bertemu dengan Amar Asyraf yang jaraknya hanya sejengkal. Dek pertemuan itu, dalam kegusaran dan rendah hati serta tanpa berfikir sedalam-dalamnya, Faiqah menyerahkan sesuatu kepada Amar supaya lelaki itu mengetahui tujuan sebenar pencariannya selama ini.
Pertama kali Amar Asyraf memandang Faiqah Asiah, mengembalikan harapan dan hasratnya yang terkubur lama dek pertemuan di red telephone box suatu ketika dulu. Namun, setelah mengetahui hajat yang dikirimkan, Amar meneruskan juga, namun dengan niat dan harapan yang baharu.
“Faiqah Asiah Binti Affendi, sudikah awak menjadi suri hati Amar Asyraf Zulkarnain sehingga ke jannah Allah?” – Amar Asyraf
Amar Asyraf akhirnya melamar jua Faiqah. Namun, disangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan menyimbah di tengah hari.
“Iqa nak ikut abang!” – Faiqah
“Tak boleh, sayang! Bahaya. Serbuk letupan pun masih bersisa di sana.” – Amar Asyraf
“Kalau macam tu, abang janganlah pergi. Bahaya!” – Faiqah
“Selepas keadaan pulih dan segalanya selesai, abang akan sentiasa berada di sisi isteri abang ni.” – Amar Asyraf

Baru sehari berkahwin, Faiqah terpaksa jua merelakan pemergian Amar Asyraf yang tidak dijangka dan kepulangannya juga entah bila ketikanya. Masih banyak masa dan perkara yang mereka belum luangkan dan berkongsi bersama. Isteri mana yang berhati batu tidak menyayangi suaminya sendiri? Melainkan isteri itu dipaksa berkahwin dengan orang yang tidak cintai.
Masih adakah sinar harapan buat mereka berdua hidup dalam keadaan aman, damai dan harmoni seperti pasangan-pasangan berbahagia di luar sana? Perkahwinan itu ibarat membina sebuah masjid. Ternyata, mengukuhkan sebuah masjid itu tidak semudah membina istana pasir. Terlalu banyak ranjau dan liku-liku hidup yang perlu ditempuh demi sebuah kebahagiaan bersama.