ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday, 11 March 2020

Kelebihan Senaman Untuk Minda / Otak


NAK TAHU KENAPA PERLU SIHAT MINDA, EMOSI & MENTAL?

INI JAWAPANNYA... Jika minda & mental anda sihat, segala yang ada pada diri anda juga sihat. Emosi akan positif & hidup lebih ceria.

Tolong jangan stress lama-lama. Nanti anda juga yang akan sakit. Ia juga akan memberi kesan pada orang di sekeliling anda. Tidurlah sebentar kalau benar-benar stress.

Bila kita bersenam otak mahupun minda, ini kelebihan yang kita akan dapat:
KURANGKAN RASA TERTEKAN
Senaman minda ini mampu meredakan stres di dalam diri. Kita dapat alihkan tekanan dengan melakukan kerja atau perkara lain yang disukai atau diminati.

DAYA INGATAN MENJADI KUAT
Melalui pembacaan & penghafalan, ia membantu individu menjadi menguatkan daya ingatan. Kita bukan sahaja mendapat ilmu baru tapi mengingati tentang fakta-fakta yang dibaca.

EMOSI LEBIH POSITIF
Cuba anda buat sesuatu yang anda suka atau yang dah lama tak melalukannya. Anda akan perasan yang anda menjadi ralit & seronok mengerjakannya. Ia membuatkan emosi anda semakin stabil.

TINGKATKAN FOKUS DAN KONSENTRASI
Latihan minda membuatkan anda berusaha untuk fokus pada kerja yang dilakukan. Anda perhatikan pada tukang kayu. Jika dia seronok dengan kerja yang dilakukannya, fokus, maka kualiti yang dibuat akan lebih baik berbanding sambil lewa atau terpaksa.

MENINGKATKAN MOTIVASI & PRODUKTIVITI
Bila minda & fikiran kita tenang, kita akan termotivasi untuk melakukan pelbagai perkara baru atau memperbaiki kerja menjadi lebih teratur. Dari siti, tahap konsisten kita akan terjaga dan mampu meningkatkan produktiviti kerja.

DAYA BERFIKIR & REAKSI LEBIH PANTAS
Seorang Chef yang pakar, dia lebih mengetahui apa yang perlu dilakukan serta merta jika masakan yang dimasak oleh pembantunya ada kesilapan. Tindakan refleks tersebut berdasarkan bukan setakat pengalaman tetapi juga berdasarkan ilmu yanga diperolehi melalui sesuatu yang dia pakar di dalamnya. 

KEYAKINAN DIRI LEBIH TINGGI
Tahap keyakinan diri menjadi lebih tinggi melalui senaman minda atau otak yang dijalankan. Minda yang sihat, pemakanan yang seimbang mampu menjana keyakinan diri melalui kesihatan yang minda & emosi yang stabil.

MENINGKATKAN KECERDIKAN, KREATIVITI & FLEKSIBEL DENGAN PERSEKITARAN
Pergaulan dengan orang sekeliling, melakukan aktiviti yang lain dari yang lain, mengembara, membaca buku yang berlainan genre, mampu meningkatkan tahap ilmu anda ke tahap yang lebih lagi. Kita akan bertindak dengan lebih kreatif & fleksibel dengan apa yang berlaku pada persekitaran kita. 

MENAJAMKAN PENGLIHATAN & PENDENGARAN
Ada kajian menunjukkan bahawa daya penglihatan & pendengaran individu dapat ditingkatkan kembali melalui beberapa senaman minda atau otak yang sesuai. Ia bergantung pada tahap kesihatan dan imunisasi diri.

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT DIMENSIA
Masalah kemerosotan fungsi otak bukan sahaja dialami oleh orang yang sudah tua tetapi juga akan orang dewasa yang kurang melakukan senamna fizikal, membaca mahupun melakukan aktiviti lain. Untuk itu, apabila kita melakukan senaman, membaca, mendengar muzik dan berbual, secara tidak langsung tahap menghidapi penyakit dimensia ini dapat dikurangkan atau dilewatkan.

MEMPERBAIKI ALIRAN DARAH DARAH DARI OTAK KE BADAN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...