Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Senaman minda. Show all posts
Showing posts with label Senaman minda. Show all posts

Wednesday, 11 March 2020

Kelebihan Senaman Untuk Minda / Otak


NAK TAHU KENAPA PERLU SIHAT MINDA, EMOSI & MENTAL?

INI JAWAPANNYA... Jika minda & mental anda sihat, segala yang ada pada diri anda juga sihat. Emosi akan positif & hidup lebih ceria.

Tolong jangan stress lama-lama. Nanti anda juga yang akan sakit. Ia juga akan memberi kesan pada orang di sekeliling anda. Tidurlah sebentar kalau benar-benar stress.

Bila kita bersenam otak mahupun minda, ini kelebihan yang kita akan dapat:
KURANGKAN RASA TERTEKAN
Senaman minda ini mampu meredakan stres di dalam diri. Kita dapat alihkan tekanan dengan melakukan kerja atau perkara lain yang disukai atau diminati.

DAYA INGATAN MENJADI KUAT
Melalui pembacaan & penghafalan, ia membantu individu menjadi menguatkan daya ingatan. Kita bukan sahaja mendapat ilmu baru tapi mengingati tentang fakta-fakta yang dibaca.

EMOSI LEBIH POSITIF
Cuba anda buat sesuatu yang anda suka atau yang dah lama tak melalukannya. Anda akan perasan yang anda menjadi ralit & seronok mengerjakannya. Ia membuatkan emosi anda semakin stabil.

Thursday, 27 February 2020

Senaman Untuk Minda Supaya Sihat / Exercise For Healthy Brain


Mendayung sampan dipinggir jeti,
Hembusan angin sejuk terasa,
Mari bersenam setiap hari,
Penguat minda cergas sentiasa.


Badan kita perlukan senaman untuk sihat & berfungsi dengan baik. Otak kita juga perlukan senaman untuk kekal berfikir dengan waras & kritis. Untuk sihat fizikal & mental, beberapa senaman perlu dilakukan. Dan, berdasarkan kajian & pemerhatian, kami senaraikan 15 SENAMAN UNTUK OTAK & MINDA KITA AGAR KEKAL SIHAT.

NIKMAT SIHAT ADALAH ANTARA NIKMAT YANG SANGAT BERHARGA.

Belajar Bahasa Baharu - Jika anda dapat belajar & memahami bahasa bangsa lain, ia salah satu kelebihan yang sangat bagus. Tak semua kita mahir dalam bertutur bahasa asing. Satu hari satu ungkapan pun dah kira bagus.

Fokus Bila Berbual Dengan Seseorang - Bila kita hendak berbual, pastikan kita fokus pada individu tersebut. Ia menunjukkan bahawa kita berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang disampaikan. Ia membantu kita untuk belajar fokus pada kerja-kerja lain juga.

Membaca Buku/Komik/Majalah/Kitab - Rajinkan diri untuk membaca. Ia adalah senaman & terapi untuk minda & otak untuk berfungsi dengan sepenuhnya. Otak akan cuba mengingati, fokus & menyimpan maklumat yang dibaca.