Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday 9 June 2020

Doktor Cinderella ~ Dr. Nur Hanisah

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Buku ini merupakan koleksi cerita pengalaman pemulis sepanjang berada dalam tugasan di O&G (Obstetrik & Ginekologi) di sebuah hospital yang suka penulis gelar sebagai Hospital Tarbiah.

Ini merupakan posting pertama penulis sebagai seorang doktor muda yang masih dalam fasa housemanship. Satu fasa awal dalam bidang pekerjaan ini. Fasa mencabar juga bagi orang yang pertama kali menceburi bidang ini secara realiti.

Penulis merasakan, bekerja di hospital sebenarnya merupakan satu anugerah nikmat Allah yang cukup berharga. Setiap hari, ada saja ibrah yang mendidik hati, mentarbiah diri. Namun, ibrah ini jarang diketahui oleh semua orang terutama yang tidak bekerja dalam bidangnya.

Oleh sebab itu, penulis berasa bertanggungjawab untuk berkongsi kepada dunia tentang tarbiah yang terdapat dalam Hospital Tarbiah ini. Selalunya penulis akan kongsikan kisah ini setiap kali ada masa terluang di hantaran Facebook. Jadi, jangan pelik sekiranya bahasa yang penulis guna ibarat membaca sebuah diari ya!

Testimoni:
"Setiap kisah membuatkan kita bagai berada di gedung serbaneka, one stop centre, kita dikayakan dengan pengalaman dan perasaan, sesekali membawa kita mengimbau jasa seorang ibu, acapkali menjadikan kita terpandu sering dengan itu, yang paling menarik sekali ialah nukilan kaedah melaksanakan ibadah dengan selamba sekali. Syabbas Dr sebuah karya Yang menjadikan kita Kaya Jiwa.” – Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki