Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday, 3 September 2020

Perempuan Tanpa Dosa ~ Fatinilam Sari Ahmad

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50


Fragmen cinta kita telah retak seribu. LILY, gadis yang bebas dan agak liar kehidupannya. Bertukar ganti teman lelaki perkara biasa. Walaupun bebas tetapi dia pandai menjaga diri, sehingga dia diperangkap Eddie yang hanya ingin menjadikan Lily mangsa permainan cinta palsunya. Lily nekad untuk membunuh diri. Datuk Majid kelam-kabut mencari seseorang untuk dinikahkan dengan Lily bagi menutup malu. Dia meminta Rizal, pekerjanya yang baik dan setia itu agar menikahi Lily yang hamil anak tidak berayah. 

“Sekarang, cakaplah... Berapa yang kau mahu? Sejuta? Dua juta? Tiga juta? Aku mampu bayar. Aku mampu!” – DATUK MAJID 

Selepas menikahi Lily, Rizal membawanya pulang ke kampung. Dia sengaja menyeksa Lily dengan tinggal di rumah pusaka emaknya yang usang tanpa bekalan elektrik dan air. Tanpa pengetahuan Lily, Rizal mempunyai kekasih lama di kampungnya itu. Kekasih yang juga adik angkatnya. Mereka pernah tinggal sebumbung semasa ibu Rizal masih hidup. 

Mengapa Rizal balik membawa seorang isteri bersamanya? Oh Tuhan! Tabahkanlah hati ini. Mengapa aku diuji begini? Sia-sia penantianku selama lapan tahun ini. – USU SAKINAH. 

Lily berbaik-baik dengan Usu Sakinah dan mula belajar mencintai Islam daripada wanita muda itu. Mereka bersahabat baik sehinggalah rahsia perhubungan Rizal dan Usu Sakinah pada masa lalu terbongkar. 

Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Lily jatuh cinta pada suaminya sendiri atau kembali kepada Eddie? Eddie pula muncul dengan membuat pelbagai onar di kampung untuk merebut semula Lily daripada Rizal. “Aku dah gagal mendidiknya. Aku gagal menjadi suami yang baik. Sepatutnya aku bimbing dia supaya dia tahu dan mengerti. Seharus aku kurung dia dalam sangkar cintaku!” – RIZAL.