Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Sunday 18 October 2020

Hati Memilih Cinta ~ Fatiah Zohar

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Ditinggalkan suami dan dibuang keluarga mertua ketika cahaya matanya masih dalam kandungan membuatkan Izzatul Aqma hidup dalam tekanan perasaan. Atas kekhilafan diri yang terlalu dibelenggu kesedihan, hari-hari yang dijalaninya bagaikan satu hukuman. 

 "Tuhan, aku ingin kuat. Aku ingin bertahan. Namun, kesakitan ini benar-benar mengujiku. Tiupkanlah kasih dan sayang-Mu. Bangkitkan aku dengan kekuatan dan cinta daripada-Mu." - Izzatul Aqma 

Bahagia sudah lama menjauh dan sepi menjadi teman paling akrab. Namun, kemunculan Zhaqeef Adha mengubah segala-galanya. 

"Sepi tak bermakna sendiri, Izzatul. Ini bukan tentang Adh. Bukan juga tentang Arzad Elhan. Ini tentang Zhaqeef Adha yang ingin memenangi semula hati Izzatul Aqma." - Zhaqeef Adha 

 Kesungguhan jejaka itu mendekati dan mahu menawannya hatinya, membuatkan prinsip dan pegangan Izzatul Aqma menjadi goyah. 

 "Gunakan saya. Jadikan perkahwinan kita sebagai alasan untuk tinggalkan semua kesedihan dan kesakitan awak. Saya tak kisah." - Zhaqeef Adha 
 Dia membenci Zhaqeef Adha, tapi hati mengatakan sebaliknya. Kesanggupan jejaka itu menunggu balasan cintanya, membuatkan Izzatul Aqma berada di persimpangan dilema.