Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Fatiah Zohar. Show all posts
Showing posts with label Fatiah Zohar. Show all posts

Sunday, 18 October 2020

Hati Memilih Cinta ~ Fatiah Zohar

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Ditinggalkan suami dan dibuang keluarga mertua ketika cahaya matanya masih dalam kandungan membuatkan Izzatul Aqma hidup dalam tekanan perasaan. Atas kekhilafan diri yang terlalu dibelenggu kesedihan, hari-hari yang dijalaninya bagaikan satu hukuman. 

 "Tuhan, aku ingin kuat. Aku ingin bertahan. Namun, kesakitan ini benar-benar mengujiku. Tiupkanlah kasih dan sayang-Mu. Bangkitkan aku dengan kekuatan dan cinta daripada-Mu." - Izzatul Aqma 

Bahagia sudah lama menjauh dan sepi menjadi teman paling akrab. Namun, kemunculan Zhaqeef Adha mengubah segala-galanya. 

"Sepi tak bermakna sendiri, Izzatul. Ini bukan tentang Adh. Bukan juga tentang Arzad Elhan. Ini tentang Zhaqeef Adha yang ingin memenangi semula hati Izzatul Aqma." - Zhaqeef Adha 

 Kesungguhan jejaka itu mendekati dan mahu menawannya hatinya, membuatkan prinsip dan pegangan Izzatul Aqma menjadi goyah. 

 "Gunakan saya. Jadikan perkahwinan kita sebagai alasan untuk tinggalkan semua kesedihan dan kesakitan awak. Saya tak kisah." - Zhaqeef Adha 
 Dia membenci Zhaqeef Adha, tapi hati mengatakan sebaliknya. Kesanggupan jejaka itu menunggu balasan cintanya, membuatkan Izzatul Aqma berada di persimpangan dilema.


Wednesday, 7 August 2019

Lamaran Cinta Tuan Zuhayr ~ Fatiah Zohar

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Pendiam. Susah nak senyum. Suka buat hal sendiri. Itu adalah Rafiqree Zuhayr yang dia kenali dahulu. Tapi, setelah bertemu semula dengan lelaki itu setelah 10 tahun, persepsi Imratul Najuwa jadi berubah.

Dia bukan lagi Rafiqree Zuhayr yang sama. Banyak bercakap, suka menyibuk hal orang dan yang paling penting, dia suka tersenyum. Tapi, kenapa senyumannya macam tersimpan 1001 kesedihan?

“Kau tak naklah kahwin dengan aku, sebenarnya? Kau janji nak jadi isteri aku tu, apa?” - Rafiqree Zuhayr
“Jangan buat perangai budak-budak, boleh tak?” - Imratul Najuwa

Bagi Imratul Najuwa, Rafiqree Zuhayr melamarnya menjadi isteri atas dasar simpati semata-mata. Hanya kerana lelaki itu kasihan dengan nasib yang menimpa dirinya sepanjang 10 tahun mereka terpisah. Tapi, setelah mengetahui kelukaan yang dialami Zuhayr dan kesedihan lelaki itu jauh lebih menyedihkan daripada hidupnya, Najuwa mengubah haluan fikirannya.

“Kau nak melamar aku ke?” - Rafiqree Zuhayr
“Aku dah sedia nak jadi isteri kau. Kau sudi tak jadi pengantin lelaki aku, Rafiqree Zuhayr?” - Imratul Najuwa

Thursday, 31 January 2019

Percaya Kata Cinta ~ Fatiah Zohar

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Bahagia itu subjektif. Bukan hanya dengan bercinta mahupun berkahwin. Itu prinsip hidup Nawwar Sufiy. Dia menanam sifat prejudis terhadap insan bergelar lelaki dan tidak pernah percaya bahawa sebuah perkahwinan mampu menjanjikan kebahagiaan.

Apa yang Nawwar percaya, hidupnya akan lebih bahagia tanpa adanya seorang lelaki. Prinsipnya itu dicabar oleh seorang lelaki.

Izz Zareef, lelaki pertama yang berjaya mengetuk pintu hati Nawwar yang selama ini tertutup daripada cinta. Dia berjaya merobohkan benteng pertahanan hati Nawwar dalam masa tak dijangka. Berbekalkan senyuman manis dan secawan karamel latte, hati Nawwar berjaya Izz Zareef curi.

“Encik Zareef pula suka apa?” - Nawwar Sufiy
“Saya suka awak.” - Izz Zareef

Tapi, untuk mengecap bahagia, tidak semudah ungkapan kata-kata. Kebenaran tentang siapa sebenarnya Zareef dan sebab Zareef mencari Nawwar, menghancurkan dua hati yang sedang jatuh cinta. Ekoran tidak mahu melukakan hati Nawwar yang sedia ada terluka, Zareef memilih untuk pergi dan meninggalkan Nawwar dengan tanda tanya.

Thursday, 23 November 2017

Teman Pilihan Jiwa ~ Fatiah Zohar

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Zayyad Eshan. Orangnya memang kacak. Tinggi ala model dengan kulit boleh tahan putih. Rambut coklat keperangan asli dan mata biru kristalnya bersinar tatkala merenung orang. Boleh membuatkan gadis macam Syafia Insyirah jatuh pengsan dengan renungan tajam memikatnya.

Tapi, satu kelemahan Zayyad Eshan. Beku, sebeku iceberg! Hendak tengok senyuman mahal dia, memang perlukan kesabaran yang tinggi. Beku macam mana pun, tetap juga Syafia terpikat.

“Memang hobi kau pun, menyusahkan hidup aku.” – Zayyad.
“Hobi saya… menyayangi encik sepenuh hati. Encik kan bakal suami saya dan teman pilihan jiwa saya. Macam janji kita dulu-dulu tu.” – Syafia.

Zayyad muka beku, berlawan dengan Syafia yang suka perasan tidak bertempat. Memang Syafia juara dalam bab menyakitkan hati Zayyad. Bukan salah dia. Tapi, salah hati yang jatuh cinta kepada lelaki beku itu. Bukan senang hendak memenangi hati Zayyad. Usaha kena lebih, hati kena sado!

“Kita akan berkawan sampai kita kahwin!” – Syafia
“Kau boleh berhenti tak buat perangai gila kau?” – Zayyad

Thursday, 25 May 2017

Encik Pemikat Hati ~ Fatiah Zohar

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Kata orang, kalau sudah jodoh tidak akan ke mana. Tapi, bagi Aatif berjumpa semula dengan Adwa bukannya jodoh, tetapi satu bala. Enam tahun mereka terpisah kerana satu peristiwa. Bila dah bertemu semula, Adwa cuba untuk mendapatkan kembali cintanya.

Aatif geleng kepala kepada Adwa yang main gila. Sudah berstatus suami dan bapa, masih mahu mencari dara?

“Apa bukti awak nak kata saya dah kahwin ni?” - Adwa
“Apa bukti yang awak memang belum kahwin?” - Aatif

Semakin Aatif lari, semakin laju Adwa mengejar. Takdirnya, mereka bekerja pula di tempat yang sama. Semakin bersungguh Adwa mahu memikat Aatif semula. Tapi, Aatif menolak semahunya. Hilang akal agaknya, sudah beristeri masih menjual ayat cinta?

“Dah tu, nak saya cakap apa?” - Aatif
“Kalau boleh nak awak cakap I love you.” - Adwa

Kadang-kadang suka, kadang-kadang benci. Tapi, yang banyaknya suka. Bila kekeliruan dah terlerai, bahawa Adwa bujang juga, Adwa semakin berani jual ayat cinta. Buat Aatif rasa nak pitam setiap masa. Enam tahun memendam rasa, Adwa mahu jawapan daripada dia.

Aatif pula, tidak tahu mahu jawab apa. Cinta ataupun sebaliknya?

Monday, 8 May 2017

Kahwin-kahwin: Antologi Cerpen ~ Reanni Annur, Fatiah Zohar, Azdiani Abd Rahman, Umaira Dzul Widad, Mynfamieza, Zaza Qry, Cheritasis, Zara Ryana, Norra Hassan, Aunie Ayunie

(SEM & S/S) RM32.00 > RM28.20

Antologi Cerpen:
Crush Penuh Kejutan - Reeani Annur
Alahai, Cik Sandaran Hati - Fatiah Zohar
Aku Sayang Dia - Ezdiani Abd Rahman
Sedang Suka Kamu - Umaira Dzul Widad
Rindu Yang Kembali - Mynfamieza
12 Tahun Cinta ~ Zaza Qry
Jodoh Terlaris - Cheritasis
Kumbang XXXL - Zara Ryana
Tunang Yang Tak Tercinta - Norra Hassan
Assalammualaikum, Ustazah - Aunie Ayunie

Friday, 11 November 2016

Mohon Jatuh Cinta ~ Fatiah Zohar

Seorang si singa, seorang si keras kepala. Bekerja di bawah satu bumbung, tidak pernah mereka berdua sekepala. Si bos dengan lagaknya, si pekerja dengan pendiriannya.

“Nak tercabut skru kepala aku ni layan perangai singa dia tu, tahu?” - Aimin Humairah
“Habis, saya ni tak pecah kepala layan perangai badut awak?” – Dani Isyraf

Tapi, kata orang benci lama-lama boleh jadi cinta. Sifat bersahaja Aimin Humairah itu membuatkan hati Dani Isyraf semakin jatuh cinta. Namun, hati Aimin Humairah yang sekeras kerikil bukan mudah untuk dilembutkan. Dalam penantian rasa, Dani Isyraf akur dan meluahkan rasa hatinya.

“Dalam marahnya saya, sentiasa rindu. Dalam marahnya saya, terbit rasa cinta. Saya betul-betul cintakan awak, Aimin Humairah dan saya ingin memperisterikan awak.” - Dani Isyraf
“Tapi saya tak pernah cintakan awak! Kalau dapat saya putarkan masa, saya berharap untuk kita tak pernah kenal dan berjumpa. Mengenali awak adalah penyesalan besar dalam hidup saya, Encik Dani Isyraf.” – Aimin Humairah

Setelah hati jatuh cinta, akankah lagi ada bahagia?
***
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00