Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 1 February 2021

Cash Flow Untuk Keluarga ~ Shamsuddin Kadir

(SEM & SS) RM25.00 > RM23.00

Apabila kita hanya membaca buku ini, kita mudah taksub dengan isi dan formula di dalam buku ini sahaja, tanpa meneruskan langkah menambahkan lagi ilmu-ilmu yang terkini dalam menguruskan cash flow untuk keluarga.

Proses pembelajaran harus diteruskan tanpa ada penghujungnya. Saat kita kata kita sudah pandai, itu tandanya kita sudah diperbodohkan oleh sandiwara dunia.

Buku ini adalah untuk kita meningkatkan kecekapan mengelolakan setiap duit dalam bentuk mata wang ringgit, untuk ditukar kepada jongkong emas, hartanah, saham di Bursa Malaysia dan lain-lain.

BAB 1: KELUARGA DAN KEWANGAN
Pecahan Untuk Pembahagian Kos Kehidupan, Cash Flow Untuk Sebuah Keluarga, Kos Perceraian, Nafkah Anak, Isteri Perlu Ada Pelaburan Sendiri, Bom Jangka Suami Isteri dan lain-lain

BAB 2: SIMPANAN DAN PELABURAN
Apabila Dapat Gaji/Rezeki, Tabung Kecemasan, Cash Flow Simpanan Bulanan, Simpanan Di Bank, Peraturan Pelaburan, Simpanan Mata wang Emas dan lain-lain.

BAB 3: PERSARAAN DAN FARAID
Dana Persaraan KWSP, Dana Persaraan PRS, Dana Persaraan Melalui Hartanah, Buka Akaun CDS Di Bursa Saham, Buka Akaun SSPN Untuk Setiap Anak, Sedekah Untuk Menghidupkan Jiwa, Dahulukan Adik-Beradik Dalam Bersedekah, Urus Harta Agih Pusaka, Perlu Deklarasi Harta Sepencarian dan lain-lain.

BAB 4: Bonus
Jenis Jutawan, Nilai Diri Yang Mahal, Jangan Berakhir Di Sini dan lain-lain