Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 1 February 2021

Wanita Wajib Kaya ~ Fida Jaafar

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Buku ini mengajak kita berfikir, kaya yang bagaimana yang kita mahu? Mahu jadi ‘betul ke kaya’? Atau betul-betul kaya? Real rich sudah ada di mana-mana, cuma kita sahaja yang tidak mahu menjejaki mereka.

Jadi, apabila kita melihat kehidupan orang lain yang biasa dan sederhana, jangan kita anggap seseorang itu tidak berjaya. Jangan kita menilai dari pandangan mata kasar sahaja dan jangan sesekali merasakan diri lebih baik daripada orang lain.

Tanggapan ini hadir kerana kita tidak dapat mencari material pada orang itu, kerana fikiran kita telah diasuh untuk melihat kemewahan yang tertonjol sebagai tanda kaya dan berjaya.

Ingat, wanita wajib kaya. Kaya bukan terletak pada harga (price tag) tapi pada nilai (value) yang membawa lebih banyak kebaikan kepada orang lain juga.

KANDUNGAN
Antaranya menyentuh persoalan Kaya Itu Apa? Mengapa Wanita wajib kaya? Di mana mahu bermula? Bila wanita wajib kaya? Dan lain-lain lagi. Disertakan juga kisah-kisah berdasarkan pengalaman sebenar yang terpilih yang boleh dijadikan teladan.