Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Sunday, 14 February 2021

Jasad Tanpa Nyawa ~ Maiera

(SEM & SS) RM26.00 > RM24.00

Jiwa yang mati adalah musuh,
bagi jasad yang hidup.

AYANI NABILA... Hidupnya penuh dengan duka. Zaman kanak-kanaknya tidak indah kerana dia perlu menjadi saksi penyeksaan yang dilakukan oleh ayah terhadap ibunya, Seri Rohaya. Fikiran ayahnya telah diracuni oleh wanita berhati iblis bernama Mariana.

“Kenapa kau sanggup bakar gambar ni? Kenapa?” - Ayani
“Bodoh! Sedangkan arwah mak kau tu aku sanggup seksa. Setakat bakar gambar tak bernyawa ni, bukan perkara yang susah untuk aku,” – Datin Mariana

Walaupun Ayani tahu perangai sebenar Mariana, namun dia diamkan sahaja kerana Mariana sangat hebat berlakon di depan ayahnya. Dan kerana idea Mariana, perkahwinan Ayani turut diatur. Berkahwin dengan jejaka kacak dan nampak lucu, bukan pengalaman yang ngeri buat Ayani. Dia reda demi kebaikan semua pihak.

“Oh, ya! Status awak? Masih belum berpunya, kan?” - Hareez
“Errr… Sebenarnya, saya dah ada kekasih.” - Ayani
“Kalau awak nak, kita boleh batalkan saja perkahwinan ni. Yalah, saya tak mahu awak menyesal pada kemudian hari,” - Hareez

Lima tahun telah berlalu, perkahwinan Ayani dan Hareez pula jauh dari kata bahagia. Kematian Alissa, kekasih gelap Hareez mempertemukan Ayani dengan Inspektor Arman, anggota polis yang ditugaskan untuk menyiasat kes tersebut. Tidak lama selepas itu, satu per satu ahli keluarga Ayani mati dalam keadaan yang tidak wajar. Begitu juga dengan Hareez.

Percubaan membunuh yang dilakukan oleh lelaki misteri, berpakaian serba hitam dan bertopeng wajah terhadap Ayani menambah kekacauan. Inspektor Arman berandaian bahawa lelaki bertopeng yang muncul semula ada kaitan dengan masa silam Ayani. Begitu juga dengan Mikha, sahabat baik Ayani yang mempunyai keyakinan yang sama dengan anggota polis itu.

Ayani berada dalam dilema. Hatinya kuat menidakkan andaian itu. Namun akalnya berkata sebaliknya. Sanggupkah lelaki itu menghabiskan nyawa Ayani, insan yang dia cintai? Atau mungkinkah cintanya buat Ayani sudah lama mati terkubur? Siapa lelaki misteri itu?

“Tak payah takut, sayang. Mati itukan indah. Sangat-sangat indah.”

“Kalau mati tu indah, kenapa tidak kau saja yang mati?”

“Aku memang sudah mati. Jiwa aku sudah lama mati. Apa yang ada di depan kau sekarang ni hanya jasad.

Jasad yang tak berperasaan, jasad tanpa nyawa.”