Bagi AZREEN SHARMIN, orang yang paling dia benci semasa balik kampung pastilah terserempak dengan Azamuddin. Budak
lelaki yang suka mengejek-ejek dan jadikan dirinya sebagai bahan lawak bodoh dia. Badak, gemuk, tembun, gajah… Semua lengkap dijadikan bahan sindiran. Dan selayaknya hanya jelingan saja yang dihadiahkan untuk lelaki yang dah serupa setan.

" Amboi, cenge sungguh. Alang-alang tok imam ada, lauk kenduri pun boleh tahan sedap… Saksi pun dah ramai ni… Jom kita dua kahwin. " - AZAMUDDIN
"Kami tak kelapaq… Meluat!" - AZREEN
"Jangan meluat sangat, sakgi Tuhan kalih hati tu. Ni dia orang yang jadi bapak kepada anak-anak hang tau. Ni contoh bakal suami kiriman dari Tuhan tau…" - AZAMUDDIN

Bagi AZAMUDDIN pula, sejak kecil lagi hatinya dah lain macam apabila melihat Azreen. Setiap kali cuti sekolah, memang dia akan ulang-alik lalu di depan rumah Tok Abbas. Mengintai si tembun pujaan hatinya. Tapi itulah, asal berjumpa depan mata pasti mulutnya asyik nak melaser saja. Hatinya geram apabila asyik mendapat jelingan sinis Azreen
"Cheq nak pinang Azreen. Cheq bukan nak kahwin sekarang tapi lagi sepuluh tahun. Cheq nak habaq hat tu ja. Kira macam cheq booking awailah." - AZAMUDDIN
"Hesy, budak ni… Ingat cucu aku tu keta Proton Saga nak chup dulu?" – TOK ABBAS
"Hesy, budak ni… Ingat cucu aku tu keta Proton Saga nak chup dulu?" – TOK ABBAS