ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Saturday, 17 July 2021

Dia Seadanya ~ Hanina Abdullah

(SEM & SS) RM27.00 > RM25.00

PROJEK pertama, ditolak. Projek kedua, tak berkenan. Projek ketiga, ehemmm… Si Alpha Male ni buatkan dirinya setiap malam teringat-ingat pulak! Bukan senang tau hati seorang Emmalyn yang pendiam boleh tergugat. Tapi… yang di sebelah sana terpikatkah? Maklumlah, stok lelaki ala-ala Zul Ariffin kut, takkanlah susah nak cari jodoh?

Emmalyn tahu, dirinya dijadikan ‘gula’ untuk menarik Si Tareq. Anyway… Dia ni sesuai ke jadi gula? Kalau Wawa Zainal ke, Neelofa ke nak dijadikan gula nak ‘tarik si Tareq’ balik ke Tanah Melayu barulah masuk akal. Ini dia… Emmalyn Mohd Ehsan?

“Umi bimbang nanti saya jadi bujang terlajak.” - TAREQ
“Dengan rupa awak, susahkah nak cari calon?” - EMMALYN
“Entah, saya tak berkenan dengan wanita Arab.” - TAREQ
“Pilihan awak terhad dengan wanita Arab sahajakah?” - EMMALYN

Pada saat dua-dua setuju untuk jadikan hubungan lebih serius, tiba-tiba hadir seorang wanita berbaju kebaya biru lembut, berselendang kain chiffon putih keluar dari kereta dan membuka pintu penumpang. Seorang budak lelaki dalam lingkungan usia lima tahun turun, lalu dipimpin wanita itu berjalan menuju ke beranda.

“Siapa tu?” tanya Emmalyn sambil mengalih pandangan ke arah ibu Tareq.

Terkejut Emmalyn melihat muka ibu Tareq bagaikan toreh tidak berdarah. Dahi Haji Abdul Aziz berkerut, mulutnya rapat diketap. Uda Jah sudah ternganga.

“Inessa!” desah Tareq, terkejut.

Perempuan cantik itu namanya Inessa. Siapa Inessa? Kenapa semua orang nampak terkejut dan bagai tak suka Inessa ini datang? Dikenalkan oleh keluarga, cinta mereka bukanlah cinta pandang pertama. Adakah cinta projek ketiga ini akan tetap utuh pabila dilanda dugaan?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...