Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday, 3 August 2021

Rahsia Pedang Panglima Salahuddin Al-Ayyubi


 Selain dia lelaki yang tawaduk kepada perintah Allah, berjaya menyatukan Abbasiyah & Umayyah dalam menghadapi perang salib, bijak dalam strategi peperangan sambil mempamerkan budi pekerti Islam, berjaya membuka kembali Baitulmaqdis, dia juga memiliki pedang yang sangat hebat.
Pedang beliau & tentera yang ditempa adalah dari sebatian besi yang kuat. Keistimewaan pedang ini telah dibongkar oleh Prof. Dr. Peter Paufler & kumpulannya di Teknikal Universiti Dresden, Jerman.

Mereka menemui karbon nanotube di dalam pedang yang digunakan oleh Salahuddin Al-Ayubi & tentera Islam. Karbon nanotube inilah yang telah menjadikan pedang-pedang pejuang Islam sangat istimewa, ringan tetapi tajam. Penemuan ini diterbitkan di dalam jurnal Nature (antara jurnal saintifik paling berpengaruh di dunia) tahun 2006 (www.nature.com).