Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 21 January 2022

Gelang ~ Fizziany

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

"Hanya perempuan yang memiliki gelang jawa itu, akan menjadi menantu rumah ini.” - Syarifah Aara. 

Gelang emas pahat jawa permata delima. Gelang keturunan yang hilang. Dibuang Yuna, bersama lamaran Adrian. Baginya, Adrian lelaki yang tak ada banyak duit seperti Shahrul. Wang hantaran yang tidak cukup dijadikan alasan perpisahan. Dikutip oleh Ratna, kerana terpesona dengan nilai estetika purbanya. 

Bagi seorang wartawan yang dahagakan berita mistik untuk majalahnya yang hampir bankrap, gelang antik seperti itu sangat-sangat bernilai. Dicari oleh Tuan Syed Adham, datuk saudara Adrian yang muncul secara tiba-tiba. Kemunculannya, menjungkir-balikkan kehidupan Adrian. Daripada lelaki yang tak punya apa-apa, kini dia memiliki segala-galanya. Harta. Kuasa. Apatah lagi dia memang sudah mempunyai rupa. Adrian menjadi hartawan muda segera. 

Namun, Adrian harus mencari gelang jawa tersebut. Itu permintaan Tuan Syed Adham. Ada sesuatu di dalamnya yang bakal menjanjikan kelestarian harta keturunannya. Adrian kalut. Mana hendak dicari gelang yang sudah dibuang oleh Yuna itu? 

Gelang emas jawa permata delima, menemukan Adrian dan Ratna dalam pencarian. Menyatukan hati dalam diam. Mencambahkan benih cinta dalam kembara panjang. Saat mereka sama-sama cuba menyelongkar rahsia gelang itu, satu sejarah masa lalu di antara kedua-dua keluarga mereka terbongkar. Satu sejarah yang tak mungkin dapat diperbetulkan oleh mereka berdua meski nyawa jadi taruhan. Keadaan bertambah rumit apabila Yuna kembali menagih haknya ke atas gelang emas jawa tersebut. 

Siapakah pilihan hati Adrian? Mampukah sejarah hitam dipadam atau diperbetulkan? Mungkinkah gelang itu sendiri yang mencari Ratna? Apakah Tuan Syed Adham dan keluarga Ratna mampu berdamai? Yuna takkan sesekali melepaskan Adrian! Dia lebih rela mati daripada terlepas bersuamikan seorang jutawan!