Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday 22 June 2022

Epik Cinta ~ Fizziany

(SEM & SS) RM90.00 > RM86.00 (Hardcover)

MAYA SAKTA, RATU AGNIASARI, ARJUNA BARATA & TAKHTA KINI DALAM SATU NASKHAH.

Sebuah tetralogi dalam satu naskhah.
Alami pengembaraan watak-watak fantasi di sebuah planet bernama Maya Sakta yang penuh dengan cabaran dan menggugat emosi, di samping menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan daya fikir yang mapan.

Sinopsis:
MAYA SAKTA:
Sebuah planet. Tiga kerajaan utama. Indrabumi yang kaya-raya dengan emas dan hasil tanah, Indrakayangan yang mempunyai kepintaran luar biasa dan Indrasakti yang penuh dengan kesaktian dan kuasa magis.

Raja Bimadewa mahu menguasai seluruh alam Maya Sakta. Diwujudkan satu sistem bertunjangkan ekonomi demi menjadikan seluruh penduduk Maya Sakta hamba mereka. Dalam masa yang sama, cip ditanam di dalam setiap syiling untuk menyembunyikan pembunuhan besar-besaran yang bakal dilakukan. Sebelum tiba ke kemuncak pelan, Raja Bimadewa mengirimkan puteranya, Arjuna Barata untuk melarikan puteri raja Indrabumi, iaitu Puteri Ayu Wijayamala untuk dijadikan permaisuri.

RATU AGNIASARI:
Sekuel kedua menyorot 27 tahun ke belakang di mana permulaan perancangan agung untuk menguasai Maya Sakta dimulakan secara drastik. Sekumpulan pakar ekonomi dikerah menjalankan sebuah projek rahsia yang melibatkan penggunaan syiling bercip.

Cip yang disisip dalam setiap syiling bukan sekadar berfungsi sebagai pembawa dan penyimpan maklumat, tetapi turut berfungsi sebagai peledak besar-besaran. Ketua kumpulan tersebut, Prawara dibunuh bersama ahli kumpulannya dalam satu nahas kapal demi menutup rahsia projek tersebut oleh Putera Bimadewa yang merupakan putera mahkota pada masa itu.

Anak Prawara, Agniasari menyangka keluarganya terbabit dalam nahas. Dia menerima takdir tersebut. Namun, dia dikejutkan apabila rumahnya dicerobohi dan seluruh buku-buku sulit Prawara termasuk buku skrap fesyennya dirampas oleh Putera Bimadewa. Lalu, dengan berani, Agniasari berdepan dengan Bimadewa dan menuntut buku-buku skrapnya. Apabila mengetahui ada anak Prawara yang masih hidup, Bimadewa cuba membunuh Agniasari. Kewujudan Agniasari seboleh-bolehnya mahu ditutup kerana dia tidak mahu bapanya, Raja Ganendra tahu bahawa usaha membunuh keluarga kumpulan pakar ekonomi itu gagal.


ARJUNA BARATA:
Raja Wirabandra Widipa, raja Indrasakti menolong Arjuna Barata. Mereka membentuk pakatan bersama Raja Mahsabumi (raja Indrabumi) untuk menentang pemerintah Indrakayangan. Perang dimulakan dengan perang saraf oleh Arjuna. Menanam kesedaran dalan kalangan rakyat Maya Sakta tentang sistem penghambaan terancang yang mula bermaharajalela.

Rakyat mula bangkit menyokong Arjuna. Puteri Ayu bertemu semula dengan Arjuna. Hubungan mereka agak dingin selepas Puteri Ayu mengetahui bahawa Arjuna adalah anak kepada Raja Bimadewa yang kejam dan miang. Namun, Arjuna masih cuba memujuk Puteri Ayu.

Perang bermula di sempadan Indrakayangan dan Indrasakti. Dalam perang yang memakan masa berhari-hari itu, Arjuna sekali lagi terkorban semasa pertempuran melawan Jafrit Aeros.

TAKHTA:
Pasca perang besar, keturunan pemerintah Indrakayangan diburu dan dibunuh. Lalu takhta Indrakayangan bertukar tangan. Penstrukturan semula sistem ekonomi juga menyebabkan segelintir bekas golongan bangsawan Indrakayangan yang sudah biasa hidup mewah, mula membentuk pakatan memberontak. Mereka mahukan takhta Indrakayangan ditukar daripada sistem monarki, kepada sistem demokrasi.

Alasan yang diberikan, keturunan raja-raja Indrakayangan sudah lenyap selepas perang. Mereka juga menuntut supaya Puteri Ayu tidak campur tangan dalam hal pentadbiran kerajaan Indrakayangan memandangkan mereka berasa bahawa rakyat Indrakayangan lebih bijak berbanding rakyat Indrabumi.
Kratos, adik kepada Kirana Arya, anak kepada bekas Perdana Menteri Indrakayangan, mula menaruh dendam selepas melihat kakaknya, Kirana Arya dibunuh kejam oleh Raja Bimadewa. Dia mengetuai pakatan pemberontak.

Dalam masa yang sama, Puteri Ayu diculik oleh sekumpulan lanun yang datang entah dari mana. Penculikan yang pada mulanya satu kesilapan, berakhir dengan satu keajaiban. Di saat takhta Indrakayangan tenat, Puteri Ayu muncul bersama kembar Raja Bimadewa yang selama ini disorokkan dan seorang pemuda bernama Raka Segara!