Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday 22 June 2022

Pejuang Mimpi ~ Fizziany

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Setiap manusia mempunyai impian. Impian, atau cita-cita, atau angan-angan, atau mimpi, merupakan satu harapan yang menjadi legasi bagi setiap insan untuk meneruskan kehidupan. Tanpa impian, manusia hidup tanpa arah tuju dan panduan.

Ini kisah seorang lelaki biasa, yang mempunyai semangat dan jiwa yang luar biasa. Lelaki yang hidup dengan cara menongkah arus dan memilih untuk percayakan diri sendiri berbanding orang lain.

Lelaki ini punya satu mimpi, iaitu mahu mengubah kehidupannya.

Namun, dalam usaha mencapai mimpinya itu, dia ketemu cabaran yang besar. Berkali-kali mimpinya lebur. Tapi, semangatnya tak pernah hancur. Dia tidak pernah mengalah meski sudah kalah.

Kisah ini, khas buat semua insan yang merancang sesuatu dalam hidupnya, tapi pada akhirnya apa yang dirancang, bertukar menjadi sesuatu yang lain. Ia sebuah naskhah yang ideal untuk menjadi peneman kala hidup anda berada di titik getir dalam kehidupan.