Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday, 19 August 2022

Jika orang ajak berdebat atau mencaci, elakkan untuk membalas balik


Diam itu bukan bermakna kalah tetapi kita tidak mahu bergaduh.
Ingin rumah di syurga? Ini pesan Nabi s.a.w.

Daripada Abu Umamah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Aku akan menjamin rumah di tepi syurga bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan meskipun benar. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan kedustaan meskipun bersifat gurauan & aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi seseorang yang berakhlak baik."
(Hadis riwayat Abu Daud)

BUKU: Bonda Nor. 2019. Stay Strong. Galeri Ilmu Sdn Bhd. Kuala Lumpur.