Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday, 16 February 2023

Pelangi Selepas Hujan ~ Arsya Aisya

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Ryan Lee masih hidup dengan kenangan lama. Masih menyimpan luka. Tetapi hidup perlu diteruskan. Tiada istilah ‘mati’ hanya kerana cinta tidak kesampaian. Dia melangkah tanpa menoleh ke belakang sehingga dia bertemu dengan… Zenia Reyhan.

Hati yang dingin mula hangat. Bibir yang beku mula melebar senyum. Lidah yang kelu mula petah berbicara. Itulah kesan kehadiran seorang Zenia dalam hidup Ryan. Dia melupakan luka sendiri demi menutup luka dalam hati Zenia namun semua tidak mudah.

Zenia Reyhan gadis yang memiliki sisi gelap. Yang menanggung beban dosa yang bukan miliknya. Membawa gelaran banduan seumur hidup menjadikan dia gadis yang kuat tetapi memegang nama anak kepada Zainudin dan adik kepada Rahmad menjadikan dia perempuan lemah. Dia hampir tersungkur buat kali kedua.

“Okeylah, aku terus terang saja kenapa aku nak jumpa kau. Aku nak duit.” – Rahmad
“Jangan sampai aku jual kau, Reyhan.” – Zainudin

Zenia Reyhan lelah tetapi dia perlu hidup. Lalu dia memutuskan untuk pergi dan berharap sinar bahagia muncul untuknya. Ketika itulah dia mengenali RQL namun ‘musuh’ hidup mengejar seumpama iblis.

Ditikam dari belakang, dikhianati keluarga dan menjadi pertaruhan dunia gelap; itulah ‘makanan’ hidup Zenia Reyhan. Lantas apakah mimpinya akan menjadi realiti? Adakah pelangi akan muncul setelah ribut yang melanda hidupnya?

Jika hidup ini susah, ia takkan ada kesenangan.
Jika lena itu indah, ia takkan ada kegelapan.
Yang susah itu sesuatu yang akan dihargai suatu masa nanti.
Dan yang indah itu akan menjadi ketakutan yang akan menggelapkan diri.