Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday 16 February 2023

Pengantin Ekspres ~ Azieana

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Amiera diminta menggantikan tempat Gina untuk menghantar baju pengantin ke Hotel Diamond. Tanpa disangka, dia juga diminta menjadi pengganti pengantin perempuan yang telah menghilangkan diri.

“I bayar you RM 10 ribu untuk malam ini.” – Qaisar.
“Hah! RM10 ribu?” -Amiera
“Kenapa? Tak cukup? I tambah lagi, jadi RM20 ribu. You hanya perlu berlakon jadi pengantin perempuan malam ini. You kena sentiasa ada di sisi I sehingga selesai majlis. Itu sahaja tugas you.” – Qaisar.


Kejadian dia menjadi pengantin ekspres telah menjadi tular kerana dia mengganti tempat Emilly, seorang model yang menjadi isteri kepada Umair Qaisar, cucu kepada pemilik Hotel Diamond iaitu Tan Sri Mokhtar.
Bagi Qaisar pula, dia tidak pernah mencintai Emilly. Dia menerima Emilly kerana dia tiada pilihan hati dan juga gesaan keluarga. Tapi sejak dia bertemu Amiera, dia tak mampu menyembunyikan perasaannya.


“Woi, rugi sangat-sangat kalau you tolak lamaran lelaki handsome dan kaya macam Encik Qaisar ni. Kalau I, jadi isteri nombor tiga pun sanggup tau!” – Gina.
Manakala, Rizal yang telah lama menyukai dan mencintai Amiera, telah bertindak lebih pantas dengan menghantar lamaran tanpa pengetahuan gadis itu.
“Orang tua aku dah terima lamaran Abang Ijal.” – Amiera

Namun, satu kejadian membuatkan Rizal terpaksa akur apabila Amiera nekad memutuskan ikatan pertunangan mereka. Kali ini, Qaisar pula bertindak dengan melamar Amiera dan terus mengikat tali pertunangan. Malah mempercepatkan perkahwinan kerana bimbang Rizal akan terus mendesak Amiera menerimanya semula.

Kemunculan Sandra secara tiba-tiba dalam majlis perkahwinan Qaisar dan Amiera telah memporak-perandakan perasaan Amiera. Bukan itu sahaja, Sandra membuat tindakan drastik dengan menculik Amiera serta meminta wang tebusan daripada Qaisar.

Siapakah Sandra sebenarnya? Dan apakah hubungan Sandra dengan Qaisar? Bagaimana Qaisar mengatasi masalah ini demi menyelamatkan Amiera, satu-satunya perempuan yang disayangi dan dicintainya?