Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 17 April 2023

My Guardian Angel ~ Yumi Hyra

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

Takdir telah mempertemukan Faliq Zulkarnain dengan Jihan Sofea secara tidak diduga. Hidup Jihan yang sebelumnya aman damai terus berubah. Siapa sangka, Faliq si mamat nerd merangkap pembantu baharu Jihan di tempat kerja itu ialah lelaki misteri yang sentiasa muncul menyelamatkan nyawa Jihan yang menjadi buruan pihak yang menyimpan dendam.“Awak siapa sebenarnya, Faliq? Betul ke awak lelaki yang nak bunuh saya?” – Jihan


“Saya Faliq Zulkarnain atau orang lagi kenal saya dengan nama Nine. Saya orang yang akan pastikan awak selamat.” – Nine

Bagi Jihan, Nine itu lelaki misteri yang membuatkan dia ingin tahu lebih banyak tentang lelaki itu. Bagi Nine, Jihan itu umpama bintang yang menerangi langit gelap pada waktu malam.

“Awak ni jenis yang tak reti nak sayangkan diri ke macam mana?” – Nine
“Kenapa? Awak nak tolong sayangkan saya ke macam mana?” – Jihan

Semakin rapat hubungan Nine dan Jihan, semakin nyawa Jihan dalam bahaya. Mampukah Nine menyelamatkan Jihan kerana tanpa sedar hati lelakinya mula berkocak hebat? Mampukah Nine menjadi ‘guardian angel’ untuk Jihan sebelum segala-galanya terlambat?
“Kenapa awak sanggup nak bagi nyawa awak sendiri semata-mata untuk pastikan saya selamat?” – Jihan
“Sebab awak merupakan kebahagiaan yang saya tak pernah ada, Jihan.” – Nine