Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 17 April 2023

Suri Hati Sang Putera ~ Reen Syazreena

(SEM & SS) RM33.00 > RM31.00

Aturan perkahwinan bukanlah satu hal yang digemari oleh Irene Alyssa, lebih-lebih lagi apabila aturan perkahwinan itu berdasarkan darjat semata-mata. Sementelah itu, dia juga masih belum dapat melupakan bekas teman lelakinya yang telah lama meninggal dunia.
“You fikir I layak ke jadi isteri you?” – Irene Alyssa
“They said you are fit to be the Crown Princess.” – Tengku Adrian Eiman

Walaupun pada mulanya Alyssa menolak lamaran Adrian, namun dia terpaksa mengubah fikiran disebabkan beberapa insiden yang ‘mencalarkan’ maruah kedua-dua buah keluarga.
Perkahwinan Alyssa dan Adrian sebenarnya aman dan harmoni sekiranya gosip-gosip lama Adrian bersama Camilla Leanne tidak dibangkitkan kembali oleh media. Meskipun Alyssa cuba bertenang dengan isu-isu suaminya bersama model tersebut, keyakinan dan kepercayaannya mula luntur setelah mengetahui Adrianlah penyebab kematian bekas teman lelakinya.

“You akan terima balasan dengan apa yang you dah buat, Adrian.” – Alyssa
Badai mula melanda apabila Alyssa dikhabarkan menjadi dalang dalam penyebaran gosip-gosip lama Adrian bersama Camilla selepas mereka berkahwin. Benarkah itu dilakukannya demi membalas dendam? Atau, ia sebenarnya permainan Camilla yang mahu mendapatkan kembali apa yang sepatutnya menjadi miliknya dari dulu?