Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Kasi Terbit. Show all posts
Showing posts with label Kasi Terbit. Show all posts

Monday, 27 March 2023

Perempuan Yang Ditipu Suami Takkan Lemah ~ Mazlina Berahim

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Perempuan insan yang lemah. Betul ke? Mazlina Berahim dibesarkan oleh seorang ibu tunggal dengan lima adik-beradik. Sebagai anak dari keluarga miskin tegar, kehidupan mereka sangat sukar. Apabila dewasa, seorang jejaka berjaya menakluk hatinya. Lalu, mereka memulakan dunia perkahwinan. Dalam masa yang sama, Mazlina berjaya membina empayar perniagaan di bumi Batu Pahat. Namun, selepas 10 tahun perkahwinan, hati Mazlina remuk bila suaminya menipu dan mengkhinati cinta mereka. Dia mengalami gangguan emosi yang serius. Anak-anak dan perniagaan yang ada depan mata, tidak dipedulikan lagi.
 

Monday, 22 August 2022

Backpack Selamat Tinggal Taiwan ~ Rohaniah Noor

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

Nak backpack ke Taiwan? Taiwan ada apa? Ya, Taiwan memang masih destinasi kembara yang under rated bagi orang Malaysia. Terutama bagi orang Melayu. Tapi, bila saya ternganga melihat pokok-pokok berusia ratusan tahun di Alishan, saya percaya, ini bukan destinasi biasa-biasa. 

Nak ke Alishan ni, kena naik keretapi klasik. Lalu 25 buah terowong one way. Wow! Kemudian saya dapat jejakkan kaki ke Taipei 101. Ia pernah menjadi bangunan yang tertinggi di dunia, mengalahkan Menara Berkembar Petronas. Dongak kepala pun tak nampak puncaknya. Penuh dengan kabus. Jadi kami kena pergi jauh, baru nampak. 

Kami juga meneroka Taroko Gorge di Hualien. Sebuah kawasan pergunungan yang cantik dengan pemandangan gaung batu marmar yang berjalur-jalur. Merentasinya, ada sungai Liwu yang berwarna turquoise. Namun takkan dapat kami lupakan pemandangan pantai yang panjang di kiri dan gunung-ganang di sebelah kanan, bila memandu di Pantai Timur Taiwan. Terasa seperti mahu menjerit, mengatasi bunyi desiran angin di luar. 

Meninggalkan Taiwan yang penuh memori seperti menutup satu episod penting dalam hidup saya. Kerana selepas kembara ini tamat, destinasi saya dan sebahagian rakan ini, tidak lagi sama. Backpack Selamat Tinggal Taiwan. Memorinya dalam dalam buku ini, yang anda pegang ini. 

MAYDAY Bila Awan Dirempuh ~ Kapten Anwar Ajid

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Juruterbang, satu kerjaya yang dipandang tinggi.

Setinggi kapa terbang yang dia bawa.

Namun apabila pandemik Covid melanda, siapa sangka juruterbang yang bergaji banyak kosong kat belakang, tiba-tiba hilang pendapatan. Kapten Anwar Ajid antara orangnya. Apabila pengangkutan udara dirempuh pandemik, Kapten terpaksa mencari pekerjaan lain. Hanya ada satu cara cepat. Jadi pemandu e-hailing.

Demi kelangsungan hidup, Kapten kini menunggang kapchai di jalan raya membawa makanan kepada pelanggan. Momen sukar inilah yang dikongsikan dalam buku ini.

Kembara Bersama Si Kecil: Umrah, New Zealand, Perth ~ Siti Hajar Aladin

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

"Rindu ke Tanah Suci tetapi bajet masih tidak mencukupi? Ingin melihat tempat penggambaran Lord Of The Ring di New Zealand? Bermain dengan kangaroo di Perth, Australia? Impikan percutian bajet bertaraf 5 bintang? Bagaimanakah cara pengurusan nya? Visa? Transport? Hotel? Perjalanan pengembaraan seperti pakej travel 5 STARS tetapi ianya DIY! Segala nya di dalam KEMBARA DIY BERSAMA SI KECIL! Anda akan jimat beribu ringgit!!!!! Percayalah!!"

Kembara Kami 5 Episod: Perth, Batam, Singapura, Bangkok, Hongkong ~ Zolkifli Hamid

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Memulakan kerjaya sebagai guru dengan gaji pokok RM 1,100 sebulan, Dr Zolkifli berusaha memajukan diri. Sambung belajar dan tingkatkan kerjaya hinggalah mampu membawa isteri kesayangan dan keluarga mengembara bersama. Buku ini merakamkan pahit manis dan cabaran mengembara seamsa dia membawa keluarga ke lima buah bandar di lima buah negara berbeza.

Hong Kong, Bangkok, Singapura, Batam dan akhir sekali Perth di Australia mereka namakannya Kembara Kami 5 Episod. Dalam setiap destinasi, buku ini menceritakan tempat menarik yang mereka kunjungi, cabaran yang dialami, kos pengembaraan dan itinerari. Ia berdasarkan pengalaman mereka sendiri.