Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Rohamiah Muda. Show all posts
Showing posts with label Rohamiah Muda. Show all posts

Tuesday, 9 June 2020

Indahnya Hidup Bertuhan (Berdamai dengan takdir 2.0) ~ Rohamiah Muda

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Setiap manusia perlukan kepada satu kuasa Yang Maha Hebat yang boleh menjaga serta melindungi dirinya daripada musibah dan malapetaka. Jadi, kuasa itu adalah Tuhan kita yang satu iaitu Allah Taala.

Sebagaimana jasad yang memerlukan keperluan seperti makanan dan air untuk hidup, begitu juga roh memerlukan makanan untuk ia terus subur. Jika jasad sahaja yang kenyang, manakala roh kelaparan, hidup kita tidak akan tenang.

Friday, 25 October 2019

Jalan Ke Syurga ~ Ummu Nurin, Rohamiah Muda, Mahalabiah Mohamad

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Jalan Ke Syurga memaparkan kisah masyarakat yang dirakamkan oleh para penulisnya secara santai.
Kisah keluarga dan masyarakat yang memerlukan sifat sabar, tekun, takwa dan tawakal menjadi tema kepada kisah yang dipaparkan.

Moga kisah yang berlaku itu boleh dijadikan tauladan dan sempadan. Sesungguhnya, yang terbaik dalam kalangan kita adalah yang paling banyak jasanya kepada ummah.

Hidup penuh dengan perjuangan, seperti pelajar yang berada di dalam dewan peperiksaan. Seluruh bumi Allah inilah dewan peperiksaannya.

Monday, 14 May 2018

Diakah Jodohku? ~ Rohamiah Muda

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri … bait lagu yang biasa kita dengar. Ya itulah gambaran yang sebenar mengenai suami isteri. Namun, dalam masalah rumah tangga, bukan silap suami dan bukan isteri yang betul. Kedua-dua pihak ada khilaf dan salah. Bukanlah namanya perkahwinan jika rumah tangga sentiasa aman. Tetapi, kitalah sebagai insan yang diberi akal, berfikirlah secara tenang. Daripada sini, tercetus idea untuk penulis menghasilkan sebuah karya berkaitan kehidupan rumah tangga.

Sebahagian daripada kisah di dalam buku ini adalah pengalaman penulis sendiri dan pengalaman orang di sekelilingnya yang berhadapan dengan dilema wanita yang bergelar isteri. Selain itu, dalam buku ini juga, penulis memberi sedikit suntikan kata-kata motivasi sebagai vitamin dalam mengharungi gelombang dalam kehidupan berumah tangga. Semoga buku ini menjadi panduan dan rujukan kepada pembaca seisi keluarga.

Friday, 6 April 2018

Pelan-pelan Kayuh ~ Bonda Nor, Rohamiah Muda

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Sahabat, mari andaikan proses kehidupan ini bagaikan satu proses penyediaan makanan. Kita tidak pandai memasak agar-agar. Tapi kita nak cuba. Kita pun buat carian di internet. Kita ambil resepinya. Beli bahan-bahan. Dan kita pun ikut setiap langkah demi langkah yang ditunjukkan. Sukses! Menjadi agar-agar kita. Transformasi telah berlaku. Kita - daripada tak tahu apa-apa kepada mampu melakukannya. From zero to hero. Kita tidak jahil lagi!

Sekarang, kita sudah tahu cara memasak agar-agar. Kita tahu agar-agar tersebut perlu dibekukan dahulu selama 1 jam sebelum boleh dimakan. Kita malas menunggu. Kita nak cepat. Baru 15 minit, kita dah terbalikkan acuan. Apa berlaku? Cuma separuh saja agar-agar itu sudah mengeras, sebahagian yang lain masih lembik. Aduhai. Penat kita guna acuan yang cantik tapi rosak teruk bentuk agar-agar kita.

Kenapa? Sebab kita degil! Kita tak ikut arahan yang terdapat dalam resepi. Kita nak ikut fikir logik kita sendiri. Kita gagal sabar. Inilah yang dimaksudkan dengan tagline Pelan-Pelan Kayuh. Tentang bahaya jahil. Tentang bahana degil.