Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Zulkarnain Dollah. Show all posts
Showing posts with label Zulkarnain Dollah. Show all posts

Friday, 23 August 2019

Panduan Solat Jamal & Qasar Untuk Para Musafir ~ Zulkarnain Dollah

(SEM & SS) RM18.00 > RM16.20
Allah SWT amat menggalakkan umat Islam untuk meneroka dan menjelajah dunia yang terbentang luas ini. Selain menjelajah untuk menyebar dakwah atau bekerja, dengan menjelajah juga kita dapat sentiasa menambah ilmu pengetahuan, memahami budaya di kawasan asing, menimba pengalaman baru dan yang boleh dikatakan paling adalah mengukuhkan hubungan silaturahim sesama manusia.

Namun begitu, tidak kira ke mana pun kita menjelajah, kita wajib melaksanakan ibadah utama kita, solat lima waktu. Oleh itu, sebagai tanda kasih sayang Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW maka dikurniakan rukhsah kepada umat Islam. Rukhsah bermaksud kemudahan atau keringanan untuk orang bermusafir bagi melaksanakan solat dengan cara qasar dan jamak.

Buku ini menerangkan definisi, hukum-hukum dan merungkai kekeliruaan yang berkaitan selain memberi panduan lengkap untuk menunaikan solat secara jamak dan qasar.

Monday, 15 July 2019

40 Hadis Huru-Hara Kiamat ~ Zulkarnain Dollah, Asyraff Hafdzan Abdullah

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

40 Hadis Huru- hara Kiamat – Merupakan sebuah buku yang mempunyai 40 himpunan hadis-hadis sahih berkenaan apa yang akan berlaku semasa kiamat, kesukaran-kesukaran yang bakal dihadapi oleh manusia ketika kiamat dan bagaimana menghadapinya.

Friday, 23 February 2018

40 Hadis Amalan Penghapus Dosa ~ Ustaz Zulkarnain Dollah, Masilah Muhammad

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Buku ini menghimpunkan amalan-amalan yang dapat menggugurkan dan menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan oleh seseorang hamba. Buku ini juga membicarakan amalan-amalan yang menjadi sebab untuk mendapat pengampunan Allah SWT.

Antaranya:
· Berwuduk dengan sempurna
· Memelihara solat fardhu
· Qiamullail
· Melaungkan azan
· Solat berjemaah
· Menyebarkan salam
· Berbuat baik
· Bersedekah
· Menghadiri majlis ilmu Akhlak mulia dan lain-lain.

Saturday, 8 July 2017

40 Hadis Tentang Alam Barzakh ~ Zulkarnain Dollah

(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60

Buku ini menghimpunkan 40 buah hadis yang menceritakan tentang alam barzakh, kepastian, serta kewujudannya sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui hadis-hadis baginda.