Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday 22 August 2013

Tabung 'Beli Sambil Menderma'


Assalammualaikum & Salam Sejahtera Pelanggan Semua...

Melihat kepada konflik dunia Islam yang seakan tidak terkawal, kami di Booksville Ent. (BV) dengan ini melancarkan tabung 'Beli Sambil Menderma' kepada anda semua.

Setiap 50 sen daripada jumlah belian anda kepada BV akan disalurkan ke dalam tabung ini. InsyaAllah, setiap hujung bulan atau jumlah wang telah mencapai jumlah tertentu, kami akan menyalurkan jumlah wang derma ini kepada badan-badan amal atau NGO tertentu seperti Aman Palestine, Tabung Syria, Tabung Rohingya dan lain-lain. Bergantung kepada keadaan semasa dunia.

Terima kasih atas kesudian anda membeli buku dan cenderahati dengan kami. Moga usaha kecil kita ini bukan sahaja meringankan beban saudara lain tetapi juga menjadi saham akhirat buat kita.

Daripada Said bin Zaid r.a., Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 

“Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, ia adalah syahid.”
(Riwayat al-Tirmizi & al-Nasa’i)


Terima kasih

Booksville Enterprise.