Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 8 September 2014

Isteriku Hati Batu ~ Qhayra Qhayriesa

Gara-gara kejadian kereta mereka berlanggar, Tengku Aamir Budriez dan Azreen disatukan dalam ikatan perkahwinan. Tetapi, menjadi suami kepada Azreen yang keras kepala dan berhati batu memang satu cabaran besar buat Tengku Aamir Budriez. Mana tidaknya, isterinya itu bukan saja degil, tapi juga biadab orangnya. Sekeras-keras batu, keras lagi hati batu isterinya!

Bagi Azreen pula, bersuamikan lelaki kasanova seperti Tengku Aamir Budriez memang satu malapetaka dalam hidupnya. Kerana lelaki itu, hubungan retak Azreen dan Datuk Latiff terus terbelah. Sudahlah dia dibenci kaum keluarga lelaki itu. Mustahil dia boleh menerima lelaki itu semudah yang disangka semua!
Lelaki bangsa buaya tembaga macam dia tu bukannya boleh dipercayai. Lagipun memang patut aku bencikan dia. Kalau tak kerana dia, aku dan dia takkan ditangkap khalwat malam tu. Kami pun takkan jadi suami isteri dan hidup macam neraka seperti sekarang. Hubungan aku dan ayah pun takkan jadi seteruk sekarang. - Azreen

Tengku Suraya, cintanya kepada Tengku Aamir Budriez tiada tapi impiannya untuk mendapatkan harta bekas tunangnya itu begitu menggunung. Sakit hatinya apabila Tengku Aamir Budriez memilih Azreen sebagai isteri sedangkan dia diketepikan. Penuh dendam dia berusaha meleraikan ikatan perkahwinan yang sememangnya rapuh antara Azreen dan Tengku Aamir Budriez. Tambah-tambah Tengku Aamir Budriez dan Azreen tidak ada hubungan yang baik sepanjang bergelar suami isteri.
Bagaimana rumah tangga mereka akan aman andai Azreen dan Tengku Aamir Budriez sering kali bertingkah? Mampukah Tengku Aamir Budriez melembutkan hati Azreen yang sekeras batu itu? Manakala Azreen sendiri, bolehkah menerima lelaki itu sebagai suaminya dan dalam masa yang sama memperbaiki hubungannya dengan Datuk Latiff? Dan, berjayakah Tengku Suraya mencapai hasratnya mendapatkan kembali Tengku Aamir Budriez?

*****
(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60