Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 22 May 2015

My Dream Husband ~ Eliza AB

Hanya kerana pandangan pertama, Nur Zafira Sofea jatuh cinta kepada Iqwan Hafiz. Dia sanggup melakukan apa saja demi menawan serta memikat hati Iqwan Hafiz.

“Walau apa pun, aku akan cuba pikat dia sehinggalah aku berputus asa.” - Zafira

Bagi Iqwan Hafiz, kehadiran Nur Zafira Sofea telah mengganggu
ketenteraman hidupnya. Gadis itu tidak pernah kenal erti putus asa. Tidak ada rasa malu. Walaupun dimarah dan diherdik, gadis itu tetap mengganggu hidupnya.

“Terus-terang saya cakap, saya tak suka perangai adik Encik Aqil. Dahlah gedik, mengada-ngada dan merimaskan. Perempuan macam dia tu tak layak untuk saya.” - Iqwan

Tingkah laku Nur Zafira Sofea itu membuatkan Aqil Danish berasa risau dan khuatir. Adiknya jujur meluahkan perasaannya terhadap Iqwan Hafiz. Demi kebahagiaan Nur Zafira Sofea, ikatan pertunangan termeteri atas persetujuan Iqwan Hafiz.

“Along doakan Iqwan dapat terima cinta Fira. Along yakin, Iqwan akan jatuh cinta dengan Fira.” - Aqil

Namun, segala impian yang dibina musnah disebabkan kepercayaan. Kebenaran yang diketahui mendesak Nur Zafira Sofea untuk memutuskan pertunangan. Musibah yang berlaku turut membenihkan rasa benci di hati.

Iqwan Hafiz akur. Apa yang berlaku berpunca daripadanya. Segala kebencian dan kemarahan Nur Zafira Sofea diterima seikhlas hati. Sejak dia mengetahui isi hati Nur Zafira Sofea yang sebenar, dia bernekad untuk memikat hati gadis itu.

Berjayakah Iqwan Hafiz dalam usaha memikat hati Nur Zafira Sofea? Adakah Nur Zafira Sofea dapat menerimanya selepas apa yang berlaku? Kebenaran apa yang diketahui oleh gadis itu?
*****
(SEM) RM27.00 > RM23.80
(S/S) RM30.00 > RM26.40

Tuesday 19 May 2015

Officially Milik Dia ~ Melati Shafika

Pertemuan semula dengan Fariq Hatta, buat hati Yasmin Hidayah@Yaya tidak pernah mampu bertenang. Lebih-lebih lagi bila lelaki itu tiba-tiba menjadi bosnya. Suatu ketika dulu, dia pernah sukakan Fariq Hatta. Malah sehingga kini, rasa suka itu masih banyak di hatinya. Cumanya, Fariq Hatta itu tak pernah pun perasan akan kewujudannya. Itulah sebabnya bila tiba-tiba dia ditawarkan menjadi isteri Fariq Hatta, Yaya jadi pelik. Rupanya, ada udang di sebalik batu. 

Misi Fariq Hatta memang tak masuk akal dan Yaya tak sanggup menjadi isteri dengan cara yang begitu. Namun, taktik Fariq Hatta berjaya juga memerangkap Yaya dalam menjayakan misinya. Ada ijab dan kabul. Ada sayang di hati Yaya untuk suami dan ada rindu di hati Fariq untuk si isteri. 

“Yaya?” Diseru lagi namaku. Kedengaran nafas berat dihela. “Hmm…” Kenapa dia cakap sepatah-sepatah? Itu yang terdetik di hatiku saat ini. “Saya rindu.” Sebaris pengakuan itu buat aku tidak terkata. Kelu lidah untuk memberikan sebarang reaksi. “Rindukan Yaya.” 

Pengakuan kali kedua itu buat darah berderau menyerbu ke muka. Terasa diri melayang entah ke mana. Aduhai Yaya, jangan lupa berpijak kembali ke bumi, sudahlah. Apa sebenarnya misi penting Fariq Hatta? Dan mampukah mereka bertahan hidup begitu di bawah satu bumbung sedang di hati mereka sudah wujud satu rasa bernama cinta?
*****
(SEM) RM25.00 > RM22.00
(S/S) RM28.00 > RM24.60

Monday 18 May 2015

Encik Fayed My Man ~ Dilla Ahmad

Jatuh cinta dengan bos? Mustahil bagi Cik Nur Azah Amira untuk mengidamkan lelaki seperti Encik Fayed Arya. Apatah lagi, lelaki kacak ini menjadi idaman Cik Liyana Datuk Manan yang sentiasaa vogue dan seksi. Fayed Arya, bukan seperti lelaki lain yang memandang kecantikan luaran wanita. Hatinya sudah pun dimiliki. Tiga tahun hatinya dihuni cinta. Hari pertama terpandang gadis polos itu, hati terus mengangguk suka. Suka tapi tak terluah. Namun, satu kejadian menyebabkan gadis pujaan hati terlepas satu ayat yang menjadi pengikat janji.

“Jom kita couple!”~ Nur Azah Amira
“Daripada kita jadi couple, baik saya pinang awak terus! Dah sure awak tu akan jadi milik saya!” ~ Encik Fayed Arya

Menjadi pasangan bercinta, digertak dan dihalang, sedikit pun tidak memberi luka kepada Fayed Arya. Baginya, hanya Nur Azah Amira sahaja yang layak berdamping dengannya. Hanya Cik Nur kesayangannya yang mampu membahagiakannya. Walaupun jauh Nur melarikan diri, dia tetap akan menjejaki.

“No matter what happens, you will never leave me.Understand? Sebab saya akan cari awak walau ke lubang cacing sekalipun!”~Fayed Arya

Setiaku Milikmu ~ Luvis Eija

Sara Dhia. Seorang gadis desa yang hidupnya senantiasa dirundung duka. Sejak kecil dia telah dijaga oleh makciknya kerana kedua ibu dan bapanya telah meninggal dunia. Namun, menumpang kasih ibu saudara tidaklah sama dengan kasih ibu sejati. Banyak derita yang harus dia tempuhinya.

Pertemuan tak terduga dengan seorang lelaki bernama Adam Hakimi telah mengikat dia buat selama-lamanya dengan lelaki itu. Atas alasan hutang, Sara disunting oleh lelaki itu sebagai suri. Biarpun di hati tiada cinta. Sara redha! Siapa sangka, hidup bersama Adam lagi banyak kisah duka dari manisnya. Pernikahan tanpa cinta itu benar-benar menjerut hati Sara. Tambahan pula, Adam terang-terangan mengakui dia cintakan perempuan lain. Harus, bagaimanakah Sara?
Sikap bertanggungjawap dan ambil berat yang ditunjukkan oleh Adam tanpa sedar telah membenihkan bunga cinta di hati Sara buat lelaki itu. Dalam diam dia memasang tekad untuk terus setia menanti secebis cinta dari sang suami.

Bukan Kekasih Tetapi Isteri ~ Ailah Diela

Zara. Dia gadis yang cantik, manis dan kadangkala ada polosnya. Cuma, dia ada satu perangai yang buat Rizza meluat. Kaki kikis! Itulah panggilan setelah mengetahui gadis itulah yang memporak perandakan keluarganya. Tetapi,bila adiknya, Adila cuba bertindak bodoh ke atas Zara, dia pula yang tiba-tiba baik hati menolong. Jadi superhero tidak sengaja kepada kekasih ayah sendiri bukan mudah rupanya.

“Sudahlah Rizza! Awak ni memang manusia paling buruk sekali pernah saya jumpa. Buruk rupa! Buruk laku! Buruk hati! Buruk bertingkat-tingkat!” - Zara
Dia bukanlah gadis yang garang atau suka terpekik-pekik. Tersangatlah tidak ayu. Tapi kalau berdepan dengan Rizza Azrim, memang automatik segala budi bahasa dia hilang. Kapten seorang tu bahasanya, macam orang tak pernah belajar nilai murni.
“Kau jangan ingat aku tak tahu apa yang sanggup kau buat, Zara. Perempuan kelab malam macam kau ni! Dengan tubuh kau tu je la yang kau pandai gunakan untuk hidup senang.” – Rizza

Sunday 17 May 2015

Andai Itu Takdirnya 2 ~ Siti Rosmizah

Syed Aizril dan Aleya melayari bahtera hidup yang bahagia bersama anak-anak. Lapan tahun hidup berumah tangga begitu indah dan manis rasanya.

“Abang akan berada di sisi Leya sampai ke akhir nafas abang, sayang. Abang tak akan tinggalkan Leya. Leya segala-galanya dalam hidup abang.”

Datin Sharifah Rosnah tidak dapat menerima takdir yang tersurat buat arwah anaknya. Hati itu masih hitam dengan dendam kesumatnya! Faizal pula, penjara masih tidak menginsafkannya. Kebencian pada Syed Aizril dan Aleya begitu mendalam sekali. Janjinya! Aleya dan Syed Aizril akan hidup merana!

Sharifah Azreen hadir dengan visi untuk memiliki cinta Syed Aizril. Dugaan yang melanda dalam hidupnya, mengoyahkan hati lelaki ini. Janji pada isterinya dilupakan begitu saja.

“Aku dah tak sayangkan kau! Kau gagal jadi seorang isteri! Di hati aku kau dah tak ada! Kosong Aleya! Kosong!” Berkecai hati Aleya mendengarnya! Aleya terseksa! Hidupnya menderita! Dia dipisahkan dari anak-anaknya!

“Kau tak malu ke dengan jiran nak bagi makan dekat depan ni? Kau nak jadi pengemis kau punya pasal! Jangan kau nak buat anak-anak aku jadi pengemis sama!”

Aleya nampak anak-anaknya melambai tangan padanya bersama air mata menitis-nitis di pipi mereka.
“Kesian anak-anak aku Umi. Aku tak sempat bagi anak-anak aku makan. Kenapa dia layan aku macam pengemis? Ya Allah! Tak tertahan sakitnya perbuatan dia! Kuatkan aku ya Allah! Kuatkan aku!” Aleya menangis semahu-mahunya sambil memeluk erat bekas makanannya.

Thursday 7 May 2015

Seindah Cinta Raisa ~ Sophilea

INGATAN Zarul Haqq sangat teguh untuk arwah Aliya. Bertemu Raisa sebagai pengasuh sementara Amzar, anaknya buat dia membara selalu kerana Raisa dan arwah Aliya bagai langit dan bumi.

KATA Raisa saat sesuatu hadir dalam dirinya…
Cinta itu hadir setiap saat. Cinta itu terasa dalam keindahan. Cinta itu terucap dalam senyuman. Cinta itu bersinar dengan tatapan. Cinta itu hangat dalam dakapan. Cinta itu menyengat lewat belaian.

RAISA berjiwa seni namun selalu cakap lepas, bersahaja, kadang-kadang tak dengar kata. Tapi Raisa juga suka berangan dan perasan…
“Macam ni... Mama Encik Zarul minta saya sampaikan. Dia kata Encik Zarul perlukan seseorang dalam hidup Encik Zarul. Senang cakap Encik Zarul kena kahwin lagi. Datin ada cakap juga dia berkenankan sepupu Encik Zarul, siapa entah tak ingat namanya atau dengan Dian, kawan Encik Zarul tu. Kalau Encik Zarul pilih salah seorang mesti Datin akan gembira.”
Tapikan kalau Encik Zarul pilih saya... Ya Allah, saya memang happy gila.
Raisa ketawa tiba-tiba.
“Awak ketawa, kenapa?”
“Eh, tak ada apa-apalah. So macam mana Encik Zarul dengan permintaan mama Encik Zarul tu? Macam ni lah, tak baik hampakan hati orang tua. Tak masuk syurga kalau menderhaka.”
Zarul jeda sekejap.
“Tapi Encik Zarul, kalau menolak pun okey juga. Saya ada peluang.” Tanpa sedar Raisa terlepas cakap.
“Awak cakap apa?”
“Er... Tak ada... Tak ada apa-apa.”
Raisa pejam mata sekejap. Mujur sahaja Zarul tak dengar.

‘AKULAH pemenangnya!’ Itulah jeritan hati Raisa saat ijab kabul. Namun, bayangan arwah Aliya bukan mudah dihapus. Kemunculan Melina menggigit hati. Kerana Amzar, rumah tangganya bergoncang…

“Maafkan abang bila diri ini tak sempurna untuk Raisa.” – Zarul
“Dalam dada ku berharap hanya dirimu yang bertakhta.” – Raisa
*****
(SEM) RM25.00 > RM22.00
(S/S) RM28.00 > RM24.60