Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday, 10 July 2017

Bukan Encik Sempurna ~ Yumi Hyra

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Ada apa dengan encik sempurna? Bagi Ulya Hana (Uya), dia percaya dan yakin bahawa encik sempurna a.k.a. jodohnya wujud kerana dia tahu Allah telah menetapkan jodoh yang terbaik untuknya. Bak kata mak tok, jodoh akan datang jika dia berusaha untuk mencari dan tidak berputus asa berdoa.

Sebaik sahaja ‘Projek Uya Kena Kahwin Sebelum Hujung Tahun’ bermula, ramai pula calon-calon yang muncul. Kan dah pening kepala nak pilih! Uya boleh pilih sama ada Luth yang sangat pelik, misteri dan merupakan calon pilihan ahli-ahli ‘Projek Uya Kena Kahwin Sebelum Hujung Tahun’ ataupun Hud yang sentiasa bermulut manis.

“Perfect guys only exist in books.” – Luth Hannan

“I takkan senang-senang nak lupakan orang yang buat I tersenyum.” – Tengku Hud Harraz

Saat Uya pening dengan telatah Luth dan Hud, muncul pula seorang lagi lelaki misteri yang sering mengirimkan kad-kad comel kepadanya, seolah-olah lelaki misteri itu sering berada dekat dengannya. Kad-kad comel itu seolah-olah cuba menggembirakannya.

One is loved because one is loved. No reason is needed for loving. ~H~
Misteri, kan?

Bak kata mak tok lagi, untuk memilih jodoh a.k.a. encik sempurnanya, dia hanya perlu menggunakan konsep ‘tepuk dada dan tanya hati’. Huh… kalaulah semudah itu, sudah tentu dia dapat jawapannya.

Luth, Hud atau H? Pening lagi! Dan apabila hati dengan yakin membuat pilihan, diri mula ragu-ragu pula. Cuma satu yang Uya yakin;

“Perfect guys don’t exist, but there is always one guy that is perfect for me.” – Ulya Hana

Antara Luth, Hud dan H, siapakah agaknya encik sempurna Ulya Hana? Adakah benar encik sempurna itu sempurna? Atau sebenarnya bukan encik sempurna?