Demi lari daripada kerakusan abang kandung sendiri dan marahnya kepada bekas kekasihnya Harraz, Ava membuat keputusan nekad untuk berkahwin dengan Haydar; lelaki yang pada pemerhatian awalnya merupakan lelaki stok baik yang naif.
“You tahu tak yang you ni jenis yang limited edition. Tak ramai yang macam you. Susah nak ambil kesempatan dengan perempuan macam I. Kiranya you ni spesies lelaki baik.” – Ava
“Baik? Lepas kahwin nanti saya tunjukkan bagaimana ‘baik’nya saya.” – Haydar
“Baik? Lepas kahwin nanti saya tunjukkan bagaimana ‘baik’nya saya.” – Haydar
Tetapi semakin lama mengenali Haydar, Haydar tidaklah sesuci yang dia sangka. Lelaki yang dia sangka baik itu, ada juga ‘bahaya’nya.
“You ni kurang hormon testosteron ke, tiba-tiba saja layan I macam ni. Seingat I, masa kali pertama jumpa, tak adalah perangai you macam ni, gentleman aje.” – Ava
“Nak test hormon saya?” – Haydar
“Nak test hormon saya?” – Haydar
Perkahwinan tanpa paksaan, hari demi hari Ava semakin lemas dalam lautan cinta Haydar. Kedua-duanya saling menyimpan rindu, cinta dan sayang dalam hati masing-masing.
“Kotor betul otak lelaki ni.” – Ava
“Awak jadi Anastasia Steele, saya jadi Cristian Grey.”
“Awak jadi Anastasia Steele, saya jadi Cristian Grey.”
Haydar kembali menyemarakkan merahnya cinta Ava namun kasih sayang mereka diuji apabila masa silam Haydar bersama Daisy kembali menghantui. Daisy yang nekad untuk mendapatkan kembali Haydar telah merencana rancangan untuk memastikan Haydar kembali kepadanya.
“Andy nak jumpa papa?” – Daisy
“Papa? Kan mummy kata papa dah tak ada, dah meninggal.” – Andrian
“Papa? Kan mummy kata papa dah tak ada, dah meninggal.” – Andrian
Dan Ava pula menjadi buruan Khairy, abang kandungnya dan juga Harraz, bekas kekasihnya. Pelbagai cara digunakan Khairy dan Harraz untuk menjatuhkan Haydar, seterusnya mendapatkan Ava.
“Lepas ni aku boleh fokus nak dapatkan Ava pulak.” – Haydar
“Apa kata kita share?” – Khairy
“Apa kata kita share?” – Khairy
Namun bisakah cinta Ava dan Haydar berdiri kukuh? Mampukah Haydar menjadi lelaki yang
mengembalikan merahnya cinta Ava?
mengembalikan merahnya cinta Ava?